Friday, December 20, 2013

bahagianya dia..

“Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)”. 

(Al-‘Ankabut : 56-57)

=============================================================================================== 

Sangat banyak yang terbuku di hati yang ingin dicatatkan di sini. Sungguh masa beredar terlalu pantas, terkadang membataskan keinginanku untuk mencoretkan tulisan di sini.

Sungguh.. aku cemburu dengan Allahyarham Adinda Ammar. Aku cemburu. Cemburu untuk menjadi insan sepertinya. Cemburu untuk mempunyai jiwa sekuatnya. Cemburu untuk dikebumikan di sisi sahabat Rasulullah, sepertinya..

Ya Allah.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hatiku. 

Allahuakbar.. semoga lahirlah lagi 'Ammar' agar lebih ramai hambaMu dan umat Rasulullah yang menegakkan agama yang benar ini.

Tenanglah dirimu di sana wahai adinda Ammar. Semoga Allah menempatkan rohmu di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Al-Fatihah.


Semoga hidupku, ahli keluarga serta zuriat keturunanku berakhir dengan husnul khatimah, semoga kami diselamatkan daripada siksa kubur, semoga kami dapat meminum air di Telaga KautharMu, semoga kami beroleh syafaat daripada kekasihMu, Rasulullah saw, semoga kami memperoleh catatan amalan dengan tangan kanan dan semoga kami dapat melintasi Titian Sirat dengan pantas untuk menuju ke syurgaMu.. 

Ya Allah.. hanya kepadaMu tempat kami mengadu..

No comments: