Friday, December 20, 2013

hanya padaMu

“Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. Sedarlah janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya akan sampai ke pangkal kerongkongan. Dan orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatinya)?”. Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang mewajibkan meyakinkannya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya). Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar! Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (Wahai orang yang kufur ingkar) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat. Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak”.  

(Al-Qiamah : 26-35)

===============================================================================================

Dahsyatnya penyiksaan terhadap saudara seagama di Syria. Di kala kita bermewahan di sini, pinta apa sahaja semua mampu dibeli. Katakan di mana sahaja semua mampu digapai. Di kala kita dapat menikmati segala macam juadah yang lazat sedang mereka menderita kelaparan. Di kala kita tidur nyenyak di tilam yang empuk sedang mereka tidur berbantalkan batu, bertilamkan tanah, berbumbungkan langit. Kini mereka dalam kesejukan. Allahuakbar..

Tak sanggup mata ini melihatnya. Anak-anak kecil, bayi,.. dibunuh, mati kelaparan, mati kesejukan.. mayat bergelimpangan dipenuhi darah.. Allahuakbar.. seorang demi seorang penghuni syurga dijemputNya. Ya Allah.. setiap kali memandangnya, airmata ini pasti mengalir.

Tapi aku perlu tahu. Mereka saudara seagama. Aku perlu tengok. Dengan melihat keadaan begitulah insyaAllah perasaan jihad semakin menebal. 

Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin juga menderita kesejukan, dek cuaca sejuk yang melanda negara mereka.

Ya Allah.. begitu hebat ujian di akhir zaman ini. Mereka kesusahan.. dan.. apakah sumbangan aku sebagai saudara seagama..

Teringat akan kisah burung yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Allah Ibrahim. Haiwan pun takut akan disoal di akhirat kelak apakah tindakannya melihat kezaliman yang dilakukan ke atas Nabi Allah, inikan pula kita manusia.. Allahuakbar..

Tidak hairanlah kenapa hati adinda Allahyarham Ammar telah berada dan tertinggal di bumi Syria..


Ya Allah.. Engkau bantulah mereka. Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk menghadapi ujian ini. Jihad mereka sesungguhnya beroleh syurgaMu. Kami yakin akan kekuasaan dan kasih sayangMu Ya Allah..

No comments: