Friday, January 31, 2020

Allah Ya Khaliq Ya Malik

MasyaAllah tabarakallah.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah Yang Maha Memberi. Allah Ya Khaliq Ya Malik. Masih diberi nafas hingga hari ini. Masih berpeluang menulis di sini.

Dah lama sangat meninggalkan blog ni. Bersawang. Kita cuci dan kemas semula insyaAllah.

Macam-macam yang berlaku. Itulah kehidupan. Kehidupan yang sementara.



Nazhan detected lazy eye.

Allah Ya Allah..

Memula tahu ujian tu, terkejut dan sedih. Sedia sebab kesiankan anak yang masih kecil umurnya. Allahu Akbar.

Tapi takpe. Semua ni milik Allah . Semua ni pinjaman dariNya. Orang lain lebih hebat ujiannya. 

Ikut recommendation doktor, 2 jam setiap hari mata Nazhan kena patch. Untuk memaksa mata yang lazy tu bekerja. First time tutup, Nazhan mintak bantuan bacakan jadual sekolahnya. Tak nampak katanya. 

Allah Ya Allah..

Hati seorang ibu dah koyak 😢


Takpe. Allah sentiasa ada bersama kita. Yakin semua kurniaan Allah adalah yang terbaik buat kita. Ada hikmah akan setiap kejadian. Redha dan syukur pasti Allah akan menghadiahkan syurga buat kita. MasyaAllah.

Amin.

Begitu sekali nikmat yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Bersyukurlah. Bersyukurlah akan setiap nikmat dariNya.




Monday, June 13, 2016

Ramadhan Kareem!

"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah berssama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah ((Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana."

(At-Taubah : 40)

============================================================================================

Allahuakbar.. lamanya tak menulis..

Daripada anak 3.. dah 4.. insyaAllah bongsu dah tu..
Banyak sangat benda yang aku belum buat lagi
Nak concentrate besarkan anak-anak, didik anak-anak..
Bak kata Halim Ahmad..

'Hai Anak
Kau di antara berjuta nikmat yang dikurnia
Amanah buat Ayah dan Mama
Jariah kami dalam menuju ke syurga'

Daripada Mak di Terengganu.. hinggalah Mak di sini..
Nak cerita cemana Mak sampai sini.. memang panjang..
Syukur Allah memberi peluang lagi buat anaknya ini melihat insan yang bergelar ibu

Nak cerita apa yang berlaku.. pun banyak..
Cerita Mak yang sangat aku sayang..
Cerita Naim dah duduk asrama
Cerita Kak Najwa yang unik..
Cerita Nazhan yang keletahnya sangat menghiburkan hati..
Cerita Adik Naqib baru keluar hospital..
Cerita bibik baru..

Allahuakbar..
Ujian tanda Allah sayang kan..
Di setiap doa aku mohon pada Allah untuk sentiasa dekatkan aku denganNya
Untuk ditingkatkan iman aku kepadaNya
Takkan Allah tingkatkan iman hambaNya tanpa ujian kan?
Kerana dunia ini hanyalah sementara
Yang kekal di syurga sana
Allahuakbar.. sungguh aku dambakan syurgaMu ya Allah..

Kesenangan itu ujian
Kesukaran itu jua ujian
Kekadang kita menangis kegembiraan
Kekadang kita menangis kesedihan
Tapi sentiasa ingat..
Allah sentiasa bersama-sama kita

Nanti menulis lagi..
Ramadhan Kareem..
Suka sangat kehadiran Ramadhan ini. MasyaAllah..
Mudah-mudahan berkat Ramadhan yang mulia ini Allah kabulkan apa yang ada di hati hambaMu ini.. Amiiinn..


Friday, August 29, 2014

indahnya saat itu

"Seorang yang bersolah akan memberikan salam kepada hamba-hamba Allah yang soleh di dalam tahiyyatnya. Alangkah beruntungnya hamba Allah yang soleh, sering didoakan kesejahteraan oleh jutaan manusia yang bersolah saban waktu.. indah dan hebatnya Islam. Leraikanlah kekusutan hati dengan bersolat.."

===================================================================================================

Hari ni aku cuti. MasyaAllah.. seronoknya. Bahagianya..

Masa belajar dulu, kekadang datang jugak perasaan.. bilalah nak konvo ni..

Bila dah abis belajar, rasa rindu sangat waktu-waktu belajar dulu. Sungguh aku rindu. Buat study group, jumpa lecturer,.. 

Bila balik dari keje, aku masih terasa satu ketika dulu inilah waktu aku bertolak dari rumah untuk ke kelas. Aku makan di kafe sebelum ke kelas,.. buat assignment, amik exam,.. Allahuakbar.. manisnya..

Aku rindu saat-saat jemput dan hantar anak-anak ke sekolah. Makan sama-sama dengan anak-anak. Bawak Abang Naim makan lepas dia training softball, bawak Kakak Najwa makan sebelum pegi ko-ko,.. Allahuakbar.. sungguh aku rindu..

Bila dah keje ni, dengan tanggungjawab yang digalas di bahu.. Allahuakbar.. mudah-mudah dipermudahkan Allah..

Rasa macam nak sambung PhD pulak..

hati itu milik Allah

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”.

(Al-Anfal: 24)

===================================================================================================

Kalau nak cerita pasal tempoh amik Master.. memang macam-macam ujian. Aku rasa semua orang akan berkata perkara yang sama sepanjang tempoh belajar. Waktu itulah Allah menguji kita daripada pelbagai segi. Allahuakbar.. Allah sahaja tempat mengadu.

Aku tak lupa waktu nak buat Projek. Allahuakbar Memang aku bergantung sepenuhnya pada Allah. Takde siapa yang dapat tolong aku kecuali Allah. Kecuali Allah.

Waktu presentation.. semua pakat takut nak present. Kalau nak kata tak takut tu macam tak berapa nak benar. Tapi ia sebenarnya benar. Aku tak rasa takut. Perasaan tu takde pada aku. Mintak Mak doakan aku, dan selebihnya aku bergantung sepenuhnya pada Allah. Aku percaya.. Allah memegang semua hati makhluknya. Hati supervisor Allah pegang, hati assessor Allah pegang, hati aku Allah pegang. Sungguh.. itulah yang menjadikan aku tak takut. Kalau Allah tak izin, takkan berlaku sesuatu perkara.

Allahuakbar. Hebat sungguh perasaan yang wujud apabila kita meletakkan sepenuhnya kebergantungan kita pada Allah. Sungguh hebat.. Subhanallah..

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel..

berkatalah yang baik atau diam

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. 

(Al-Ankabut : 69)

======================================================================================================

Allahuakbar. Sungguh masa itu amat berharga. Tak sempat sungguh nak nukilkan coretan di sini..

Alhamdulillah.. dah selesai pengajian aku. Dah selesai. Menanti hari bahagia konvo pulak bulan November ni. Alhamdulillah.. semua takkan berlaku tanpa izinNya.

Aku tak pernah lupa salah seorang rakan yang agak rapat dengan aku pernah kata..

"Kalau macam kau ni.. memang tak dapatla nak sambung belajar."

Aku tak pasti apa maksud 'kalau macam aku' tu. Dia nak refer pada result degree aku ke, dia nak refer pada cara aku belajar ke, entah.. aku pun tak pasti..

Yang pasti.. aku tak lupa. Tak pernah lupa dan takkan lupa. Walaupun aku rasa dia dah lupa yang dia pernah kata kat aku camtu. Aku tak lupa waktu tu kami (aku dan beberapa orang lagi rakan) melawat dia di hostel. Kami semua dah keje masa tu. Waktu tu dia antara yang terawal antara kami yang sambung belajar lepas tamat ijazah pertama.

Memang dia diketahui umum sebagai.. apa yang ada di hati diluahkan melalui mulut tanpa perlu tiba ke otak. Aku tau. Aku kenal dia. Tapi entah kenapa aku tak dapat lupa apa yang dia kata walhal aku rapat dengan dia. Dan sedikit sebanyak.. aku terasa hati. Ya, itu perkataan yang sesuai.

Aku bukanlah tergolong dalam kalangan yang mudah terasa hati tambah pulak dia rapat dengan aku tapi entah kenapa.. aku cukup terasa dengan apa yang dia kata.

Aku nekad. Satu hari aku akan sambung belajar. Aku akan sambung. Dan aku pun mampu berjaya.

Dan hari ini Alhamdulillah. Aku telah pun berjaya mendapatkan Master in Computer Science specialization in Software Engineering. Aku amik di universiti dia amik. Dan.. ia tidaklah sesukar seperti yang digambarkan.

Pengajaran:

1) Sentiasalah berfikir sebelum kita berkata-kata. Jangan kerana kita berada di dalam keadaan stress, kita berkata tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elakkan diri dari menyakiti orang lain. Kata Saidina Umar, berkatalah yang baik atau diam.

2) Kepada para pembaca yang punya kemahuan untuk meneruskan pelajaran, teruskanlah. Usah peduli sekiranya ada yang kata, susahlah.. nanti tak pass lah.. takde. Takkan berlaku camtu. Yang penting usaha dan serahkan semuanya pada Allah. Serahkan semuanya pada Allah. Allah yang menentukan semua tu.

Ma qaddarallah khair. Apa yang Allah takdirkan itu baik belaka.