“Harta
benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal
soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai
pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan”.
(Al-Kahfi: 46)
===============================================================================================
Hari tu sepatutnya aku keluar jam 4. Aku perlu keluar awal untuk elakkan jem. Jem akan menyebabkan aku lewat tiba.
Selesaikan susu Adik dulu. Dah panaskan enjin kereta, Ya Allah.. tangki pulak mintak diisi. Aku pasti tiba lambat, itu terlintas di dalam hati kerana dah hampir 15-20 minit berlalu jam 4.
Jalan jem. Kelihatan sebuah treler melintang tersadai di tepi jalan memakan hampir keseluruhan jalan 3 lorong. Mujur kemalangan itu mungkin berlaku dalam tempoh 15 minit sebelum aku tiba, menjadikan tidaklah aku terlalu lama untuk menempuh jem.
Selang beberapa hari selepas itu aku menyaksikan video bagaimana treler melintang kemalangan di tengah jalan yang memakan hampir 3 lorong.
Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar..
Allah itu Maha Penyayang.. Dia Maha Penyayang. Airmata aku mengalir begitu laju.
Kalau tidak kerana Adik nak susu, kalau tidak kerana minyak kereta tak diisi,.. belum pasti di mana aku hari ini..
Subhanallah.. Allah melambatkan aku 15 minit untuk menyelamatkan aku daripada segala musibah. Allah melambatkan aku kerana ingin memberi peluang kepadaku untuk bertaubat dan mengumpul bekalan yang tak pernah cukup.
Allahuakbar.. sayangnya Allah pada aku.. Malu pada Allah.. dan airmata ini tak henti mengalir mengenangkan kasih sayangNya yang tak pernah bertepi walau dosaku menggunung tinggi..
Terlalu banyak peringatan dari Allah buatku yang terkadang membuatkan aku terpikir.. adakah umurku jua semakin tiba di penghujung?
Allahuakbar..
No comments:
Post a Comment