Monday, September 09, 2013

tawakkaltu 'alallah..

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." 

(Al-Ankabut : 64) 

=================================================================================================

Dah selesai urusan membeli barang dan mengepos, urusan me'Western Union'kan duit pulak. Alhamdulillah, area umah aku tu cakap je nak apa, semua ada - mak bapak je takde. Kehkehkeh..

Kata bank teller tu, "Banyak hantar duit kak. Maid akak dah tak datang balik ke ni?"

Gulp!

"Eh datang", sambil tersenyum aku menjawab. Senyum je la ye dok....

Senyum di bibir mulut, kerisauan di hati siapa yang tahu. Huhu..

Kata orang, simpan gaji dia kat kita dalam 2 bulan. Tu untuk ikat supaya dia datang balik ke sini.

Bukan aku tak simpan. Aku simpan, tapi nilainya sekadar denda yang bakal aku bayar pada imigresen sekiranya dia tak datang balik. Kata orang lagi.. kenapa tak simpan? Bahaya tuh..

Aku tanya pendapat Kak Long, yang pada aku sangat matang dalam menangani bibik. Kata Kak Long, dia tak pernah simpan gaji maid dia. Bila maid dia balik bercuti, semua diserahkan pada maid. "Kak Long tak sampai hati nak pegang duit dia. Tenaga dia tu lebih daripada nilai yang kita bayar dia. Kalau dia tak datang balik takpe, insyaAllah Allah akan ganti dengan yang lebih baik. Kita jaga hak orang, Allah akan jaga hak kita, adikku.."

Itu yang buat aku tak simpan gaji dia.

Berkali-kali aku tanya maid aku, nak datang ke tidak kerja dengan aku lepas bercuti. Nak katanya. Aku cakap lagi, "Kalau taknak datang bagitau saya.. saya tak paksa dan saya tak marah," dah tua-tua ni aku dah tak macam dulu.. dah mellow down.. heheh..

"Nak kak, saya mau kerja dengan kakak lagi", bersungguh dia bagitau aku.

"Saya percayakan Tetty (bukan nama sebenar). Kalaupun Tetty bohong pada saya, saya tak tau tapi Allah tau. Allah Maha Adil Tetty. Setiap perbuatan kita akan ada ganjaran dan ada balasan. Kita buat baik, Allah akan balas baik.. anak kita soleh, keluarga kita sihat, selamat.. tapi kalau kita buat yang tak baik, Allah akan bagi balasan tak baik jugak pada kita.."

"Ya kak.. saya memang nak kerja dengan kakak lagi", katanya.

Itu pendekatan yang aku gunakan, belajar daripada Kak Long. Dulu Kak Long pernah pesan kat aku, "Maid ni kena selalu diingatkan - ambik masa sekurang-kurangnya 2 minggu sekali untuk bercakap dengan dia, tanya perihal dia dan anak-anak, ingatkan dia pada Allah, sentiasa ingatkan dia jangan tinggal sembahyang dan tujuan dia datang ke sini (cam tazkirah kecil-kecilan la ni.. heheh..). Kalau dia tak tinggalkan sembahyang, insyaAllah maid kita takkan buat perkara yang pelik-pelik. Kalau dia tau tujuan dia datang ke sini, dia akan lebih bersemangat nak kerja - demi mencari rezeki untuk anaknya di sana", kata Kak Long. (Ni antara kriteria yang Kak Long bagi kat aku untuk dapatkan maid - umur 30-35, bersuami, seorang ibu agar dia tau tanggungjawab yang perlu ditunaikan (bukan janda)).

Bila dah berulang kali dia kata dia nak kerja, maka aku serahkan segala-galanya pada Allah. Sungguh.. aku tawakkal pada Allah..

No comments: