"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau
belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang
yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
(Al-An'am : 32)
===================================================================================================
Dah hampir 3 bulan rupanya tak bergurindam. Bukan sudah hilang minat tetapi waktu berlalu begitu cepat, hinggakan penulis tidak sempat. Heheh..
3 Ogos 2013..
Tarikh maid aku balik bercuti.
Sebelum tu kalut setelkan apa yang patut. Barang yang nak dipos dah 2 kotak. Sakan aku bungkus ngan kertas minyak, pastu ikat ngan tali lagi.. Ingatkan boleh guna poslaju pickup service rupanya pickup service tu untuk local je. Aiseh.. nak kena usung 2 kotak tu ke pos opis ler pulak. Berat tuhhh..
Lepas timbang.. both kotak RM500++.. toddiaaaa.. nak taknak dia sanggup jugak. Simpati ada, kesian pun ada bila aku nengok muka maid aku tatkala aku kabo pos tu cenggitu regenya. Kesian lagi bila aku tau apa yang dipos.. milo.. nescafe.. vico.. jelly.. siannnn sangatttt..
Maka.. bersyukurlah dengan apa yang aku miliki sekarang. Ramai lagi orang yang lebih susah daripada kita. Walaupun aku tak punya wang berjuta tapi apa yang Allah bagi pada kami sekeluarga dah lebih daripada cukup. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment