"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan
jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu
dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu."
(Muhammad : 36)
=================================================================================================
3 Ogos 2013..
Lepas sahur kami sekeluarga ke LCCT. Urusan selesai jam 5.30 pagi. Kami pulang ke rumah.
Jam 9.30 pagi telefon rumah berdering.
"Dah sampai ya Tetty..", bilangku. Eh bilang pulak.. kok udah tukarin bahasa ya? Kui!
"Kak, saya masih di sini. Tak sempat naik kapal terbang tadi", (maid aku tak panggil pesawat, aku memang cakap Bahasa Malaysia dengan dia, dia pun memang cakap bahasa kita).
"Ha! Apaaaaa? Tertinggal kapal terbang?", sungguh aku terkejut. Terkejut dan terkejut.
Kami ke LCCT semula. Macam-macam bermain di fikiran. Ya Allah.. kifarah apa pulak kali ni..
Sampai LCCT.. Gedebuk gedebak gedebuk gedebak.. tiket balik ke Bandung selepas charge bagai untuk hari tu, malamnya, esoknya, malam esoknya almost 1K! Gulp!!!!
Of course.. beli adhoc gitulah regenya.
Sudahhhh.. aku dahla tak pegang 2 bulan gaji dia. Duit dia semuanya dah selamat kat sana dah. Diulangi.. semuanya dah selamat kat sana dah. Argghhhhhhh!!!! Cemana ni????
Aku check tiket untuk lusa.. kurang sket. Malam lusa tu lagi kurang..
Aku pandang dia. Mata dah merah semerah-merahnya. Sedih tertinggal kapal terbang, duit dah takde, takut takleh balik.. gitulah gamoknya.
Aku dah buntu. Tapi aku lebih kepada nak amik tiket lusa malam yang agak kurang kosnya. Takleh lebih lewat dari tu sebab kami dah nak pulang ke kampung beraya.
Aku bagitau dia harga tiket, duit dia memang takde dah maknanya aku kena guna duit aku dan kemungkinan aku belikan tiket lusa malam sebab yang tu takla almost 1K walaupun sebenarnya masih mahal. Huhu..
Mata dia makin merah.
Adehhhhh..
Talian hayat diperlukan. Aku call Kak Long bagitau apa yang jadi, mintak pendapat Kak Long.
"Beli tiket hari ni yang pukul 1.30petang tu. Sian dia kalau sampai airport malam-malam. Kita tak tau keselamatan dia macam mana bila dah sampai waktu malam. Takpe adikku.. kita buat atas dasar sesama manusia. Niatkan kerana Allah. Allah Maha Adil, Allah Maha Penyayang. Kita memudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Takpelah mahal sikit, nanti Kak Long ganti duit tu".
Tiba-tiba Mak mencelah, "Mak pun akan ganti duit tu.."
Aku sebak..
"Jangan susah hati ya. Biasalah tu, hiccup kadang-kadang. Nanti Kak Long ganti. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. What's sister for rite..."
Aku makin sebak. "Terima kasih Kak Long ", itu je yang mampu aku cakap.
Tiket kubeli dan aku serahkan pada maid aku. "Tetty.. saya dah belikan tiket Tetty yang harganya RMXXX. Saya guna duit saya sebab duit Tetty semua dah hantar ke Indonesia. Saya percayakan Tetty. Saya tau Tetty akan datang semula ke sini kerja dengan saya kan?", aku cuba sedapkan hati aku sendiri.
"Terima kasih kak. Terima kasih. InsyaAllah kak.. saya datang", katanya. Senyuman terukir jelas di bibirnya. Maklumlah tiket dah di tangan ye dok..
Aku sambung lagi.. "Lepas ni Tetty terus ke Gate 7, tunggu kat boarding room, walaupun lambat lagi nak berlepas tunggu je kat situ. Dah masuk kapal terbang nanti cari tempat duduk nombor 25F. Kalau tak tau tanya orang yang kerja dalam kapal terbang pakai baju warna merah tu".
"Nanti nak balik ke sini, Tetty kena keluar awal, jangan tertinggal kapal terbang lagi. Apa yang tak tau, tanya orang yang kerja pakai baju warna merah tu. Tetty dah janji dengan saya nak datang balik kan?", aku ulang lagi sekali statement tu. Ya katanya.
Kami bersalaman. Aku ucap terima kasih atas segala khidmat dia membantu aku menguruskan anak-anak dan kerja rumah selama ni. Dan pesanan terakhir aku.. "Tetty.. ingat pesan saya, sembahyang jangan tinggal ya."
"Ya kak, saya ingat. Terima kasih sekali lagi kak", katanya.
Aku pandang dia naik escalator. Hingga dia hilang daripada pandangan mata.
Sungguh.. aku tawakkal sepenuhnya kepada Allah..
No comments:
Post a Comment