"Orang yang beriman, dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati
Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-Ra'd : 28)
=================================================================================================
Perempuan.
Apabila mana-mana daripada 9 nafsu menguasai diri, dan dicucuk oleh syaitonnirrojim, jiwa yang kurang imannya memang mudah terpedaya. Tak terkecuali juga hamba Allah yang sedang menekan papan kekunci ini.
Dalam pada sentiasa berhati-hati dan beringat ada jua situasi musuh yang paling nyata itu berjaya menjalankan misinya. Lebih-lebih lagi apabila konsep 'reward diri sendiri' digunakan oleh hamba Allah yang mudah lalai ini. Tidak kurang juga apabila konsep supaya kelihatan cantik dan bersesuaian penampilannya digunakan. Mata hati ditutup menidakkan sesuatu yang sepatutnya diakui tidak.
MasyaAllah. Hentikan! Hentikannya! Nyah kau daripada hidupku!
Memang ada kalanya perlu reward diri di atas usaha yang telah kita lakukan selama ini. Dan penampilan perlu dijaga tetapi biarlah ia berpada-pada jangan sampai melanggar syariat Islam. Wasatiah. Duduk sejenak dan berfikir. Adakah ini sebenarnya reward dan menjaga penampilan atau nafsu yang berada dihadapan dan iman serta akal di belakang? Subhanallah..
Kasih sayang Allah ini ditunjuk dengan pelbagai cara. Terlalu luas. Kadangkala dengan ujian yang tak diduga. Kadangkala secara terang, kadangkala secara halus. Tapi semua itu hanya dapat diteliti jika kita duduk dan berfikir.
Allah telah mengirimkan aku dengan satu nasihat yang tak ternilai. Kisah Saidina Abu Bakar di dalam slot Usrah Nurani di Radio IKIM betul-betul menyedarkan dan membuatkan empangan airmataku pecah..
"Saidina Abu Bakar menginfakkan seluruh hartanya ke jalan Allah. Tiada langsung untuk dirinya. Rasulullah pernah bersabda bahawa, andai ditimbang iman Saidina Abu Bakar dengan iman seluruh iman umat Islam di dunia ini, nescaya berat lagi iman Saidina Abu Bakar."
Subhanallah.. Subhanallah.. malu aku padaMu Ya Allah. Malu aku padamu Ya Rasulullah. Malu aku padamu wahai sahabat Rasulullah. Sungguh aku malu.. mana mungkin untuk mendapat syafaat daripada junjungan besar jika masih ada titik mengejar kehidupan duniawi di dalam diri ini?
Tetiba ingatan pada arwah Ayah muncul. Segala nasihatnya selama ini terngiang-ngiang di telingaku. Ya Allah.. apa yang telah aku lakukan. Kenapa aku berlebih dalam perkara yang tak sepatutnya berlebih.
"Hidup perlu berwasatiah anakku. Setiap apa yang kita miliki akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jangan memiliki sesuatu yang tak sepatutnya kita miliki, Allah tak suka nak. Jangan memiliki sesuatu untuk dipamerkan atau disimpan, itu membazir. Membazir itu sifat syaitan. Jangan ikutkan nafsu. Ingat Allah sentiasa. Ingat orang yang lagi susah daripada kita."
Aku jadi takut. Takut untuk menghadapi hari perhitungan di sana.
Aku jadi hiba dan sebak. Sayangnya Allah kepadaku. Pelbagai cara dilakukan untuk menyedarkan kesilapan dan dosa yang aku lakukan. Ya Allah.. dosaku menggunung tinggi tapi rahmatMu melangit luas..
Ya Allah.. memang aku dah beringat. Tapi kali ini terlepas jua, aku tewas.. mungkin tak cukup beringat. Ya Allah.. lalainya hambaMu ini. Ampunilah dosa hambaMu yang hina ini. Sungguh penyesalan timbul di dalam diri aku. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Ya Allah.. Engkau bantulah hambaMu mendidik nafsuku Ya Allah.. jadikanlah hambaMu ini hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu dan sering merasa cukup dengan kurniaanMu. Hanya padaMu tempat kubermohon..
Ya Allah..
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertakhta..
No comments:
Post a Comment