Wednesday, April 10, 2013

tanduk lembu itu di hadapan

"Jadilah cahaya walau tak tersentuh tetapi selalu menerangi, jadilah angin walau tak nampak tapi selalu ada, jadilah sahabat walau tak bersama tapi selalu memberi kehangatan dan doa"

=================================================================================================

Pada suatu hari saya telah membaca satu cerita di laman sosial tersohor abad ini, Facebook. Saya petik kata-kata di akhir cerita tersebut.

Baby girls are the comfort of the eyes of their father! They hold the key to their mothers hearts! Daughters are really unique. They care for their parents even after they are married. Its rightly said, “A son is a son till he gets a Wife, a daughter is a daughter the rest of her Life!" SUBHANALLAH!

~~ A daughter is a day brightener and a heart warmer; good daughters make good mothers. 


Dan satu lagi perkongsian daripada laman sosial tersebut..

Maka sebagai peringatan untuk diri saya..

1) Sebagai seorang wanita yang telah mempunyai suami - mengingatkan suami untuk menjenguk ibunya di kampung sekurang-kurangnya sebulan sekali. Sekiranya isteri tidak mampu untuk turut sama menjenguk ibu mertuanya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan (kerja, tuntutan-tuntutan lain dan sebagainya), biarkanlah suami pulang untuk menziarah dan menjenguk ibunya di kampung. Suami itu masih milik ibunya hingga ke akhir hayat. Sesungguhnya syurga anak lelaki terletak di bawah tapak kaki ibu. Selama-lamanya.

Bumi ini bulat. Bak kata orang tua-tua, tanduk lembu itu berada di hadapan. What you give you will get back. Sekiranya anda tidak ingin kehilangan anak lelaki, buatlah perkara yang sama kepada suami anda. InsyaAllah ganjaran daripada Allah akan anda perolehi pabila anda sudah mempunyai menantu perempuan nanti.

2) Didiklah anak lelaki untuk mengetahui tanggungjawabnya. Supaya anda sebagai ibu tidak diabaikan setelah anda mendapat menantu perempuan suatu hari nanti.

Semoga Allah merahmati kita semua.

No comments: