Thursday, January 17, 2013

wangian syurga

"Sabda Rasulullah saw : Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak)."

(Riwayat A-'Tirmizi)

================================================================================================

Dah 2 minggu Kak Najwa sekolah, tak sempat nak update kat blog ni. Tu la tu.. sungguhlah aku dihambat perjuangan yang belum selesai waktu tu. Tiada Jamilah Bond aka stalker pada tahun ini. First day je aku pegi tengok Kakak. Hari lain tu memang aku serahkan pada Allah. Sungguh Hasbunallahu wa ni'mal wakil. Memang aku tak upaya.

Tapi Kakak ni memang sangat independent. I have a very high confidence in her.

Hari pertama sekolah kami tunggu kat kantin, nak tengok cemana dia makan nanti. Husband aku dah siap belikan nasi lemak walaupun kami dah bekalkan Kakak dengan roti. Tempat pun aku dah reserved kat Kakak.

Kakak sampai kantin. Datang kat aku sambil tersenyum. Oh.. senyumannya sungguh memikat..

Najwa : Mama.. boleh tak Najwa nak makan dengan Nisa?
Mama : Kakak taknak makan dengan Mama?
Najwa : Nak.. tapi Najwa kesian kat Nisa. Tadi Najwa datang dengan dia. Nanti dia takde kawan nak makan.
Mama : Kakak tak kesian kat Mama? (saje tanya nak nengok apa jawapan Najwa)
Najwa : Kesian jugak. Tapi nanti Najwa teman Mama makan kat rumah ye Mama.. (sambil gosok-gosok tangan aku - Najwa memang hebat dalam kemahiran memujuk)
Mama : (Senyum. Syukur. Najwa punya sifat win-win situation)
Najwa : Boleh tak Mama?
Mama : Boleh sayang.
Najwa : Terima kasih Mama. Najwa sayang Mama. (sambil senyum dan terus ke tempat Nisa).
Mama : Mama pun sayang Kakak yang baik hati ni..

Aku pandang Najwa makan dengan Nisa, yang baru beberapa jam dia kenal. Sesekali Najwa senyum kat aku. Aku membalas senyuman dengan mata yang bergenang dengan air. Bahan mudah tersentuh kan.. 

Hati aku merasa hiba dengan kasih sayang dan kemudahan yang Allah berikan pada aku. Allah mengurniakan aku anak yang sangat berdikari, berani, peramah, dan segala-galanya. Allah memberikan terlalu banyak keistimewaan buat Najwa, satu antara 3 saham akhirat aku.

Hinggakan Najwa pesan, Mama jangan risau. Najwa ok kat sekolah. Najwa pandai cari van nak balik nanti. Mama tunggu kat rumah je ya.

Allahuakbar..

Tak cukup dengan itu.

Najwa pandai membaca apa yang ada dalam hati aku. Kalau aku kat meja makan tu selalu Najwa akan bawakan satu mug milo, yang dibancuh sendiri.

Hari tu cukup menyentuh perasaan aku..

Najwa : Mama minumla, Najwa buat ni khas untuk Mama.
Mama : Terima kasih Kakak. Kakak ni bukan je pandai, rajin, Kakak baik. Malaikat dah catat kebaikan yang Kakak buat. Niat baik Kakak tadi pun malaikat dah catat. Allah sayang sangat kat anak Mama ni (aku peluk, cium pipi Najwa).
Najwa : Najwa nak dapat pahala. Walaupun Najwa tak dapat lagi pahala ni, tapi Mama dapat kan. Najwa boleh tambah pahala Mama. Mama selalu kata bila kita banyak pahala, kita masuk syurga.
Mama : Ya sayang, kita masuk syurga.
Najwa : Najwa nak masuk syurga dengan Mama, Ayah, Abang ngan Adik Nazhan. 

Aku jadi terharu..

Penghuni syurga berusia 7 tahun ini sangat kental. Takde erti menangis dalam hidup dia. Sedih cemana pun tak pernah teresak-esak. Meraung jauh sekali. Yang kelihatan cuma takungan airmata dalam kelopak mata.

(Di kala menulis entry ini ada satu mug berisi air milo yang 'terpaksa' kubancuh sendiri. Kak Najwa dah ke sekolah. Ohh.. sungguh aku rindukan air milo bancuhan Kak Najwa..)

Tak kurang dengan Abang Naim. Abang yang memang 'Abang'. Menjadi imam sembahyang kepada adiknya, menjadi muazzin di kala Ayah menjadi imam, boleh menjaga adik, sering melihat homework adik sebelum Ayah dan Mama menyemak, boleh mengajar adik mengaji Al-Qur'an, tak cukup dengan itu.. Abang Naim pernah membetulkan tudung Mama bila melihat seurat rambut terkeluar daripada tudung Mama. Subhanallah..

Hobi membacanya dah diperturunkan kepada adiknya. Abang dan Kakak waktu terluang dihabiskan dengan membaca. Dek kerana dah hampir 10 buah buku karangan Abdul Latip Talib yang berjaya dihabiskan Abang Naim, macam-macam yang bermain di fikirannya.

"Mama.. seronok kan kalau kita dapat berada di zaman Rasulullah. Abang nak berjuang, nak bersama-sama macam mana sahabat Rasululllah mempertahankan Rasulullah."

"Mama.. Imam Malik tak berjalan di depan orang. Dia selalu kat belakang sebab nak menghormati orang. Abang pun taknak jalan depan orang la Mama.."

"Mama.. kenapa orang sekarang tak ikut apa yang Rasulullah ajar?"

Dan bermacam soalan daripada bibir mulut Abang Naim yang memerlukan wanita berusia lebih 3 dekad ini menelaah sirah-sirah nabawiyah..

Abang Naim dah boleh buat kesimpulan daripada apa yang diperhatikan. Terkadang aku merasakan yang ilmu Abang Naim lebih banyak daripada aku. Abang Naim boleh menceritakan apa yang dibacanya. Aku mendengar. Sesekali memberikan pengajaran.

Subhanallah.. inilah antara anugerah tak ternilai daripada Allah buat diriku yang serba kekurangan ni. Mama sangat menyayangi dirimu, nak..

Dan aku tahu.. Allah sangat menyayangi aku. Kubermohon agar dipermudahkan jalan hidup kami sekeluarga. Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami Ya Allah.. Hanya kepadaMu kami bermohon..

No comments: