"Jangan berasa puas hanya dengan menjadi orang baik, tetapi jadilah orang
baik yang akan membuat orang lain menjadi baik. Semua perbuatan baik itu
akan menjadi ibadah jika dilakukan kerana Allah."
=================================================================================================
Macam tak percaya. Dah lama aku tak dapat camtu. Dah lama. Kali terakhir pun 5 tahun lepas. Pastu memang dah tak dapat dah. Ditambah pulak tahun 2012 ni cuma 5 bulan aku bekerja. 3 bulan confinement. Awal bulan September dah start program aku. Tapi apa yang aku dapat sangat superb.
Kata orang dia memang strict, cerewet, err.. macam-macamla yang aku pernah dengar..
Tapi aku tak rasa camtu. Entahla.. masing-masing ada pendapat sendiri kan.
Tahun pertama memang putih mata aku. Tahun kedua ada sedikit peningkatan. Alhamdulillah. Dan tahun terakhir aku berada di bawah seliaan dia, Lillahi Taala.. dan.. alhamdulillah.. memang tak aku sangka-sangka.
Sesungguhnya semua ini daripada Allah Yang Maha Kuasa. Semua takkan berlaku tanpa izinNya.
Itulah.. Allah takkan bagi rama-rama terus kan. Diberi ulat bulu dulu baru dianugerahkan rama-rama. Semua orang pernah melalui saat getir di alam pekerjaan ni, tak terkecuali aku. Tapi nak tak nak, kena Who Move My Cheese.. nak tak nak jugak, apa yang bakal ditempuhi perlu dianggap sebagai cabaran. Kalau tak buat cenggitu, stress lak nanti. Hidup jagan stress. Nanti sakit. Tak boleh patah semangat. Tak boleh mengalah. Pantang maut sebelum ajal. Ecehhh..
Kekadang macam tak percaya. Daripada tak minat,
Allah membawa aku ke satu tingkat lagi. Aku diperkenalkan dengan liku-liku yang satu ketika dulu berada di tempat paling bawah dalam diari hidup aku. Tak minat la katakan. Tapi kali ni berbeza. Aku dianugerahkan seorang ketua yang cukup mahir dalam bidangnya, dan.. aku jatuh cinta dengan apa yang telah diamanahkan. Magis!
Diam tak diam dia banyak mengajar aku. Setelah hampir 9 tahun aku kerja (tak masuk lagi 3 tahun study) barulah aku dapat menjiwai apa yang aku buat selama ni. Ish ish ish..
Di awal, aku umpama kunci kereta dia, dibawa ke mana sahaja perbincangan/mesyuarat yang mana dia menjadi ahli mesyuarat utama (dia ni sokmo orang penting dalam mana-mana mesyuarat, sampaikan aku yang bilis ni pun orang dah kenal dek kerana sokmo ikut dia). Sedikit demi sedikit aku belajar. Bukan sahaja mempelajari ilmu keje aku, malah dia mengajar aku kemahiran berkomunikasi, belajar kemahiran negosiasi, belajar kemahiran meyakinkan orang, dan banyak lagi ilmu yang ditinggalkan untuk aku.
Sehinggalah perlahan-lahan dia lepaskan aku untuk melakukannya sendiri. Mengendalikan sendiri seperti yang telah diajarkan indirectly.
Sungguh aku katakan. Banyak sangat yang aku pelajari daripada dia.
Jurang kami jauh. Baik dari segi umur (dia ke universiti, aku baru lahir), apatah lagi jawatan. Aku masih memegang gred bernombor, sedang dia sudah gred berhuruf ;-)
Tapi dia bukanlah ketua yang "Norul.. datang bilik I" .
Tidak.. tidak pernah. Dia akan ke bilik aku, ketuk pintu dan tanya aku free atau tidak untuk discuss. Bila boss datang, of course anak buah akan free ye dok? Dia boleh tarik kerusi dan duduk sebelah aku discuss. Dia suka anak buah yang memberi pendapat. Setiap pendapat itu tak pernah salah. Cuma kaedah yang kurang tepat akan dibetulkan. Itupun kaedah pujian digunakan terlebih dahulu. Again.. kaedah pujian. "Very good Norul, maybe we can add up with ...." Dia memang suka praise anak buah.
Bos aku ni jugak ringan untuk mengucapkan kata maaf. "Sorry Norul, I can't answer your call, I was in front of Dr just now. I'm on my way to office now. Anything Norul?" Sepatutnya aku yang say sorry kat dia sebab dia ada appoinment IJN pagi tu. Aku lak leh lupa pegi call dia.. ish ish ish..
Bos aku ni lebih suka berbahasa inggeris (dia bukan sebangsa dengan aku). Tapi kalau dia berbahasa melayu sangat fasih. In fact, kalau aku mintak dia semak paper aku, bahasanya jauh lebih baik daripada aku yang hari-hari cakap melayu nih! Kalau dia berbahasa melayu, dia tak gunakan 'you' pada aku. Dia akan gunakan 'Norul' yang mana boleh buat anak buah lagi senang untuk berbual dengan bos.
Aku pernah diarah attend meeting yang mana dipengerusikan oleh menteri. Members meeting sume orang yang boleh buat keputusan. Aku kena represent bos (bos aku kan ramai.. huhu). Tak kisah sebenarnya nak attend, walau siapa pun chairman sebab dia jua hamba Allah tapi biarlah aku punya suara yang boleh membuat keputusan. Aku ni kan ikan bilis je. Aku ni pulak ada satu pe'el.. pe'el yang mana takkan tunjuk tak boleh buat walaupun belum tentu boleh buat. Huhu..
Takdir Allah, aku berselisih dengan dia. Dia ajak aku ke bilik. Lepas discuss apa yang patut, masalah aku selesai. Ya Allah.. camtu sekali Allah memudahkan aku.
Aku sanggup bangun pukul 2, 3 pagi semata-mata nak siapkan kerja opis. Tiada yang menyuruh, jauh sekali yang memaksa. Tapi aku memang willing untuk siapkannya.
Hebatnya penangan seorang ketua yang dapat assist anak buah, seorang ketua yang tak pernah marah, seorang ketua yang banyak membantu, seorang ketua yang cukup memahami keadaan anak buah (cuti tak pernah menjadi masalah), seorang ketua yang suka berseloroh.
Itulah serba sedikit pasal bos aku. Dek kerana aku senang bekerja dengan dia, dia jugak yang aku jadikan referee program aku sekarang.
Ihsan : Facebook Ustaz Zahazan
Itulah sebenarnya apa yang diinginkan oleh orang bawahan. Itulah yang aku pelajari. Setiap bos tak perlu garang untuk menyediakan ruang penghormatan daripada anak buah. Cukup sekadar menghargai, memahami bukan sympathy tetapi empathy, dan lebihkan komunikasi dengan anak buah. Inilah contoh yang baik yang cuba untuk aku ikuti.
Ya Allah.. sayangnya Engkau pada diriku..

No comments:
Post a Comment