"Dari Abu Hurairah, dia berkata : Rasulullah saw bersabda bahawa Allah berfirman, "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu. Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku mengingatnya di dalam diriKu. Jika dia mengingatiKu dalam satu kumpulan, Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik dari kumpulan mereka. Jika dia mendekati kepadaKu satu jengkal, maka Aku mendekati kepadanya satu hasta. Jika dia mendekati kepadaKu satu hasta, maka Aku mendekati kepadanya satu lengan. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.""
(Sahih Bukhari)
================================================================================================
Ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Maal Hijrah, ketika umat Islam bergembira menikmati makanan yang lazat, ketika umat Islam sedang hanyut dibuai kemewahan duniawi, umat Islam di Gaza tidak dapat merasai itu semua. Yang dirasai hanyalah hujan bom yang tidak pernah kenal erti belas.
Ya Allah.. pedih sungguh hati ini. Benci sungguh akan kejahatan dan kezaliman yang dilakukan oleh si bedebah laktullah itu. Sungguh.. bertambah menebal perasaanku untuk memboikot barangan mereka.
Alangkah besarnya ujian buat mereka jika nak dibandingkan dengan ujian buat kita semua. Sungguh cekal mereka. Sungguh kuat semangat mereka. Sungguh tabah hati mereka. Syahidlah dirimu wahai saudara seIslamku. Jadilah engkau penghuni syurgaNya.
Aku di sini tidak mampu menghunus senjata. Namun kutahu umat Islam jua punya senjata. Doa ialah senjata orang mukmin. Ya Allah.. Engkau selamatkanlah dan lindungilah hamba-hambaMu di bumi Anbiya' itu. Itu bumi kami. Bumi para Nabi dan RasulMu.
Ya Allah..bantulah hambaMu ini Ya Allah. Aku tahu Engkau amat dekat dengan kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar rintihan kami, hambaMu yang hina ini. Kutahu tiada yang mustahil bagiMu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment