Sunday, November 11, 2012

di sisiNya pahala yang besar

“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar”. 

(Al-Anfal : 27-28)

===============================================================================================

Alhamdulillah. Terlalu banyak kurniaan Allah buat kami.

"Tahun depan insyaAllah Abang cuba dapat lagi baik daripada tahun ni. Abang akan tunjukkan contoh yang baik untuk adik-adik. Mama doakan Abang ya". Mata Mama bergenang (bahan mudah tersentuh memang begitu sifatnya). 

Ya Allah.. kurniaanMu ini cukup istimewa. Bak kata Cikgu Azira, "Naim sangat matang. Saya sengaja letakkan sorang budak yang baru balik dari Australia ni sebelah Naim. Saya tau Naim boleh jadi ikutan. Akhirnya 'Naim' menyerap pada dia". Alhamdulillah. Semua takkan berlaku tanpa izinMu.

Anak-anak pewaris generasi. Semoga suatu hari nanti anak-anak ini menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin.

Cemana Abang nak pegang ni Mama? Dalam kematangan, manja tetap ada. Sudahnya Ayah la yang kena tolong pegang ;-)

Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menerangkan hati Kakak dan melindungi Kakak.

Bersama Dhia Widad dan Alya Adlina


 Setiap kali memandang Najwa, peristiwa getir 7 tahun dulu pasti terbayang di ruang mata. Airmata jernih pasti akan mengalir perlahan-lahan. Inilah anak pramatang yang dilahirkan dengan semangat dan kekuatan dari Allah, inilah anak yang diletakkan di dalam inkubator untuk dipantau di atas kelahiran yang berisiko, inilah anak yang suatu ketika dulu sama-sama berjuang bersama Mama meski dia berada di alam rahim, inilah dia segala-galanya. Survivor. Najwa cukup istimewa dan unik di mata kami berdua.

Semuanya daripada Allah. Semua takkan berlaku tanpa izinMu Ya Allah. 

Masih terlalu jauh perjalananmu duhai anak. Semoga Allah melindungi kalian bertiga; Naim, Najwa dan Nazhan. Selamatkanlah mereka dan rahmatilah serta berkatilah hidup mereka. Hanya kepadaMu aku bermohon, hanya kepadaMu aku berserah. Amin.

No comments: