Thursday, December 06, 2012

di tangan penuh bunga, di hati penuh cinta

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

(Al-Baqarah : 214)

===============================================================================================

Kata Prof Azmi, "Celebrating your birthday is like celebrating your death". Dalam sungguh maknanya.

Bebaru ni birthday husband aku. Tiada sambutan, cuma sekadar ucapan selamat hari lahir dan sebiji kek sebagai peringatan untuk semua bahawa usia kian meningkat.

Harapan aku cuma satu. Semoga kasih sayang antara kami mendapat rahmat Allah dan membawa kami ke syurgaNya. 

Sesungguhnya memiliki dia sebagai suami dan ayah kepada anak-anakku adalah antara perkara terindah dalam hidup aku dan tanda kasihnya Allah kepadaku. Alhamdulillah. Syukur di atas kurniaanMu yang tak terhingga ini.

No comments: