Monday, November 21, 2011

tahniah lagi sayang!

"Sesungguhnya orang yang menentang (perintah) Allah dan rasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan kerana sesungguhnya Kami sudah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang kafir, disediakan azab siksa yang hina."

(Al-Mujadalah : 5)

==========================================================

Saya suka main buih sabun
Gelembung bulat cantik berkilat
Bila ditiup angin berkawan
Terbang tinggi sampai ke awan
Sabun taruh air
Kocak-kocak jadi buih
Ambil buluh celup
Tiup buih terbang sayup

Mari Menyanyi (25 Lagu Pendidikan Kanak Kanak) - 19 - Buih Sabun.mp3
Italic
Aku suka nyanyi tapi ni first time aku dengar lagu Buih Sabun. Tak abis lagi terngiang-ngiang lagu ni kat telinga aku sejak Najwa nyanyi Sabtu lepas ;-)

Kata Najwa dia jadi ketua nyanyi. Bila ditanya lagi, "Ayah, Mama ngan Abang tengokla hari Sabtu nanti", uh.. buat surprise lak anak aku nih.

Memang betul Najwa jadi ketua nyanyi ;-)

Tambah surprise lagi bila Najwa pun naik stage amik hadiah. Najwa aku cutikan 2 minggu sebelum exam sebab kesihatan kurang baik. Bila aku nengok dia dah fully recover baru aku confident hantar dia ke sekolah. Tak sangka dia mencipta nama pulak ;-)


My man, my boy and my girl

Kata Kak Yanti Najwa ni extrovert. Berani dan independent.

Kata aku.. Alhamdulillah. Semua ni berlaku dengan izin Allah. Aku hanya berusaha dan berdoa serta bertawakkal kepadaNya semoga anak-anakku dilindungi, dipelihara dan ditunjukkan jalan yang benar.

Perjalanan mereka masih jauh. Ya Allah.. berikanlah peluang dan kesempatan kepadaku untuk mendidik amanahMu ini. Bantulah hambaMu ini dalam menggalas amanahMu ini.

3 comments:

Munajah Cinta said...

Najwa saling tak tumpah mama dia

cahaya petunjuk said...

tetiba mama dia rasa sangat jelita. hahah.

Munajah Cinta said...

sofea jane kan..ehehe..