Saturday, November 26, 2011

manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dibuang

"Adapun orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka, dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang yang zalim."

(Ali Imran : 57)

==========================================================

Pada mulanya aku merasakan makin berusia, makin sentimental. Tapi lepas aku analyze, aku dapati statement tu kurang tepat. Lebih tepat lagi.. makin berusia, makin menghargai dan makin peka.

Masa Majlis Konvokesyen tadika Najwa hari lepas, Najwa
lead nyanyi kat depan. Ada 5 lagu semuanya. Siap buat aksi lagi. Buat penonton tertawa. Kontra dengan aku, ibunya yang menyaksikan siap bergenang-genang airmata.

Kisah aku dan Najwa takkan dapat aku lupakan. Selama Najwa dalam rahim aku, jangankan pramilet.. obimin, asid folik, ferrous fumarate, vitamin B, vitamin C dan segala mak nenek supplement ibu mengandung aku tak makan. Bimbang kalau supplement tu boleh stimulate the growth of the cancer cell.

Pil kalsium aku tak amik, susu lagi aku tak minum. Bimbang kalau-kalau lump tu jadi keras. Susah proses chemo nanti. Makan pun banyak berpantang. Sikit je aku makan. Silap makan, aku batuk. Kalau batuk kena amik antibiotik pulak. Tu pun dah berapa bijik Zinnat aku makan. Kata doktor elakkan batuk. Takut sakit lain pulak menjengah.

Semua supplement tu diganti dengan pil steroid. Kata doktor, nak matangkan paru-paru Najwa dan kurangkan bengkak lump aku. Kalau kat hospital, tak makan pil tapi kena injek steroid. Najwa memang kecik. Apa tak keciknya banyak sangat aku takleh makan. Tak ingat dah berapa ratus pil steroid aku makan. Kalau dah sehari 24 biji, bolehla kira betapa banyaknya steroid yang masuk ke dalam body aku. Dan masuk ke dalam body anak aku.

Tu tak termasuk lagi aku buat x-ray. Walaupun shield, but the risk is still there. Masa check up, aku duduk bersandar, bukan baring. Bila baring aku batuk.

Pada saat dan ketika itu aku memang pasrah. Dalam kepala aku cuma pikir, let the expert do their job. The rest I leave it to Allah. Allah knows better. Allah itu Maha Penyayang. Hanya pada Allah tempat aku bergantung.

Sebelum masuk labour room, Kak Long dah pesan. Baca je apa-apa ayat Al-Qur'an yang aku ingat. Ayat Kursi, Fatihah.. semua tu untuk memudahkan. Dan sebagai persediaan kerana kita tak tau apa akan jadi di dalam sana. Segalanya mungkin.

Dalam labour room sangat ramai specialist yang tengok aku. O&G dah pasti. Hemato lagi. Dan anesthesiologist. Once baby tu keluar, "Alhamdulillah.. it's a girl. Sempurna. Comel. Norul.. bacalah apa-apa ayat yang Norul ingat. Syukur pada Allah".

Aku takkan lupa kata-kata anesthesiologist tu. Tangan dia usap bahu aku yang pada ketika itu aku sedang baring ala-ala duduk. Maklum sahajalah, nak baring macam orang bersalin normal aku tak boleh.

Dan dan tu airmata aku mengalir. Sedih. Terharu. Syahdu. Hiba. Semua ada. Doktor siap sapu airmata aku. She's very understanding. "Semua dah selamat. Ingat Allah banyak-banyak". Itu pesanan terakhir doktor. Sangat islamic. Lagi buat airmata aku mengalir..

Aku hanya sempat tengok Najwa sekilas pandang sahaja. Najwa terus dibawa ke Unit Pediatrik. Kecik sangat saiznya. Bayi pramatang, hanya seberat 1.8kg.

Dalam incubator

2 hari lepas tu aku buat BMA. Esoknya first time aku buat CT scan. 3 hari lepas tu aku dah start chemo. Dek kerana terlalu cepat proses tu, aku tak boleh nak differentiate sakit jahitan caesarean dengan chemo. Kalau orang tanya, sampai sekarang aku takde jawapan. Nak kata tak sakit, kejam sangat untuk orang yang bertanya. Nampak benar aku tak concern dengan yang si bertanya. Tapi itulah hakikatnya. Masa rahim menguncup balik pun aku tak sedar bila. Seiring dengan chemo yang aku jalankan.

Itu antara kisah perjalanan hidup aku dan Najwa. Yang totally different dengan aku bersama Naim ketika Naim di dalam rahim aku.

Najwa, selepas 5 tahun peristiwa getir berlalu

Terlalu banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada Najwa yang aku kira Najwa antara ciptaan Allah yang sangat unik. Kerana itulah bila Allah tunjukkan aku dengan kemampuan Najwa, aku jadi sangat hiba. Dan aku rasa perasaan ni takkan lenyap dari dalam jiwa aku. Hingga ke akhir hayat pun aku tetap akan merasa hiba melihat Najwa. Hiba dengan kekuasaan dan kasih sayang dari Allah.

Sungguh besar kuasaMu Ya Allah. Tak pernah kuduga perjalanan hidup yang Engkau aturkan untukku sangat bermakna. Sangat berbekas di jiwa. Dan apa yang telah Engkau suratkan itulah menjadi titik tolak kepada penghijrahan aku hingga ke hari ini.

Terima kasih Allah. Terima kasih. Janganlah Engkau mengabaikan kami Ya Allah kerana sesungguhnya kami sangat mengharapkan kasih sayang serta rahmat dariMu.

3 comments:

Munajah Cinta said...

Norul dear
berderau darah membaca this entry.
Maha Suci Allah yang menguasai segala yang di langit & bumi.

Munajah Cinta said...

saya baca lagi this entry..
saya sgt tersentuh.walaupun kisah kita tidak sama..ia hampir serupa KERANA..kasih sayang Allah hanyalah milik hambaNya yang benar2 yakin padaNya...

cahaya petunjuk said...

my dear Munajah Cinta,

kasih sayangNya sangat luas dan sangat mendalam. cukup membuatkan hambaNya merasa insaf tentang hakikat kehidupan yang sementara ini.

sama-samalah kita berjihad ke jalannya. sesungguhnya jalan mujahadah itu susah tetapi indah!