Saturday, November 26, 2011

Selamat Hari Lahir Abang!

"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua daripada (hakikat) diri yang satu dan daripadanya Dia (Allah) menciptakan isterinya supaya ia merasa senang (aman dan tenteram) kepadanya."

(Al-A'raf : 189)

==========================================================

Hari ni hari ulangtahun suami aku. Yang ke berapa? Kami sebaya ;-) Selamat hari lahir Abang.

Kalau nak cerita kisah percintaan (percintaan tuhhh...) kami, simple jer. Aku kenal my love tahun 1995. Masa matriks. Mak hantar soh belajar gi bercinta lak yer.

Lepas matriks Alhamdulillah perhubungan kami berpanjangan hingga ke IPTA. Sepanjang kami di sana tak pernah sekalipun kami keluar bersama-sama. Jumpa gitu-gitu je. Surat sentiasa ada. Mana ada calling-calling nih. Zaman tu cukup besar pangkat kalau ada telefon tangan. Surat tu dihantar.. ada posmennya. Bukannya pakai burung. Terima kasih kepada Encik Posmen. Heheh.

Selepas tamat IPTA Alhamdulillah hubungan kami masih berterusan. Hinggalah kami ke jinjang pelamin pada 26 Me1 2002.

Dan kini kami telah dikurniakan 2 orang cahayamata penyeri rumahtangga yang cukup membahagiakan jiwa. Alhamdulillah.

Kalau nak bercerita pasal kelebihan suami aku, sangat banyak. "Memiliki dirinya dan merasai kasih sayangnya cukup membuatkan aku bersyukur kepada Allah kerana dianugerahi insan yang bergelar suami sepertinya. Dialah yang pertama dan terakhir sebagai teman hidupku. Kelebihan yang ada padanya menutupi kelemahan yang ada pada dirinya."

Puitis gitu. Hiks! Susah nak explain rasa cinta ni. Heheh.

Pengorbanannya menerima aku seadanya, melayan hobi aku yang tak sama langsung dengan hobinya, dan macam-macam lagi.. cukup membuatkan ikatan kami kian kukuh. Susah senang kami lalui bersama. Dan yang paling terkesan di jiwa apabila dia sanggup menjagaku ketika aku sakit. Ketika keadaanku tidak seperti yang dikenalinya satu ketika dahulu. Terlalu besar pengorbanannya untuk kugambarkan di sini..

Terima kasih Abang. Terima kasih.

Paling utama.. terima kasih Allah. Terima kasih kerana menganugerahi semua yang aku miliki sekarang. Terlalu banyak kenikmatan yang Engkau berikan kepadaku. Semoga kasih sayang antara kami berpanjangan hingga ke akhir hayat. Rahmatilah kami sekeluarga. Letakkanlah kami di bawah lembayung kasih sayangMu. Tiada yang kami inginkan selain mendapat redhaMu Ya Allah.

Semua ini takkan berlaku tanpa izinMu. Syukur Ya Allah..

No comments: