"Dan (ingatlah), Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman) : "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab : "Bahkan sesungguhnya (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.""
(Al-A'raf : 172)
(Al-A'raf : 172)
=======================================================
Dah aku kata aku memang sentimental. Anak sedara aku dapat 5A pun menitik airmata aku. Ni baru anak sedara. Belum lagi anak sendiri.
Susah nak explain kalau orang tanya kenapa aku sampai menitik airmata. Banyak faktornya. Kalau nak disenaraikan ni antara faktor penyumbang..
1) Besarnya kuasa Allah. Semua ni takkan berlaku tanpa izinNya. Usaha setinggi mana pun, mak ayah pandai pun kalau Allah tak izin takkan dapat camtu. Aku jadi hiba bila kenangkan kasih sayang Allah. Allah sangat kasihkan hambaNya. Subhanallah..
2) Sayang. Sudah pasti aku sayang anak sedara aku. Anak sedara umpama anak sendiri. Aku tumpang gembira. Tambah lagi bila nengok teruknya abang aku keje.. Allah reward dia dan famili. Alhamdulillah.
3) Bila kenangkan kesusahan arwah Ayah di waktu kecilnya sehingga dia berjaya mendidik kami. Bila kenangkan pengorbanan arwah Ayah. Bila kenangkan pesan arwah Ayah.. 'hanya dengan pelajaran sahaja orang akan memandang kita, yang penting buat kerana Allah'. Subhanallah.. Allah memberi ganjaran yang tak pernah diduga. MasyaAllah.. besarnya kasih sayang Allah.
4) Aku jua punya anak yang dah bersekolah. Tu pasal feel dia lain macam.
Tapi masih jauh perjalanan anak-anak ini. Berusahalah dan bertawakallah kepada Allah. Nescaya Allah akan bersama-sama kita.
Tahniah kepada semua murid yang berjaya peroleh 5A. Yang kurang berjaya jangan berputus asa. Ni bukanlah penyudahnya. Masih jauh perjalanan hidupmu. Berusaha lagi. Allah sentiasa bersama kita.
Tumpukan perhatian dengan sepenuhnya
Serahkan selainnya kepada Yang Esa
Tapi andai sebaliknya jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas bukan untuk selamanya..
Serahkan selainnya kepada Yang Esa
Tapi andai sebaliknya jangan kau rasa kecewa
Sekali adik terkandas bukan untuk selamanya..
Tahniah Adam Haziq!
Dan sebagai rakyat Terengganu saya amat berbangga. Tahniah kerana mencatat nama sebagai negeri terbaik dalam pencapaian UPSR. Beh beh beh. Bangga poseng ;-)
No comments:
Post a Comment