"Setiap yang ada di muka bumi ini akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan."
(Ar-Rahman : 26-27)
=======================================================
Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Semuanya takkan berlaku tanpa izinMu.
Naim anakku sayang.. perjalananmu masih jauh nak. Berusahalah untuk mencapai kejayaan, bukan sahaja di dunia malah di akhirat sudah pasti. Mama sentiasa mendoakan dirimu dilindungi dan disayangi Allah serta cemerlang di dunia dan akhirat. Ya Allah.. bantulah hambaMu ini dalam mendidik anak-anakku ke jalanMu.
Penyampaian hadiah pagi tadi aku duduk seat paling depan. Tahun ni husband aku tak dapat attend Majlis Kecemerlangan Akademik sekolah Naim. Jadi aku perlu tunjukkan yang aku memberi sokongan padu kepada Naim. Buktikan yang antara kami berdua sentiasa bersama Naim. Kejayaan Naim sentiasa dalam doa kami. Kerusi paling depan yang kupilih.
Lagu Negaraku dinyanyikan. Aku begitu bersemangat. Makin berusia ni aku makin patriotik.
Naim queue tepi tangga menunggu nama dipanggil untuk naik pentas. Aku tengok matanya tercari-cari akan Mamanya. Aku pada ketika itu sudah besedia di hadapan pentas sambil memegang handphone koro untuk mengabadikan kenangan kejayaan Naim.
Naim senyum melihat aku. Aku tau di seronok. Aku nak dia tau aku sangat berbangga punya anak sepertinya. Walaupun telah banyak kali kuungkapkan begitu di hadapannya, aku perlu buktikan dengan perbuatanku.
Kata Naim.. "Mama jangan letak gambar Naim dalam facebook ye. Nanti macam menunjuk-nunjuk. Cukuplah Mama, Ayah dengan Adik je tau Naim dapat semua ni". MasyaAllah.. benarlah kata orang anak-anak umpama span.. kain putih..
Naim sayang.. Mama tak letak dalam facebook. Tak lama lagi pun Mama tutup akaun facebook tu. Mama letak dalam blog Mama. Itupun Mama tak bagitau Naim dapat nombor berapa mahupun anugerah apa. Mama letak dalam blog Mama supaya satu hari nanti Naim akan baca dan Naim akan tau betapa sayangnya Mama pada anak-anak Mama. Betapa bangganya Mama punya anak seperti Naim dan Najwa.
Gambar blur. Maklum sahajalah.. telefon tangan tidaklah secanggih mana. Apapun.. tahniah sayang. Tiada yang menggembirakan hati Mama selain melihat anak-anak Mama berjayaFikiran aku menerawang jauh ke zaman kanak-kanakku.
Setiap tahun arwah Ayah pasti ada di bawah pabila kami naik pentas. Arwah Ayah akan berada di barisan paling hadapan. Aku sangat bangga dengan kehadiran arwah Ayah. Same goes to my brothers and sisters. Mak selalunya tak datang kerana Mak jua merupakan pendidik yang jua punya majlis penyampaian hadiah di sekolahnya. Mak lebih banyak membantu ketika di rumah. Kerja rumah disemak dan dipastikan siap.
Pabila tiba di bawah pasti aku dipeluk dan ciuman arwah Ayah hinggap di pipiku. Pasti.
Dan.. mataku mula berkaca. Dan berkaca..
Laju mulut ini menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Ayah. Semoga roh Ayah digolongkan di kalangan orang yang beriman. Semoga kita sekeluarga bertemu di syurga kelak.
Sudahlah nalurinya memang sentimental lagi nostalgic, makin berusia ni makin menjadi-jadi pulak sentimental dan nostalgicnya. Makin soft-hearted. Mungkin kerana bergelar ibu.
Sungguh agung kasih sayang ibubapa kepada anaknya. Tapi seagung-agung kasih sayang ibubapa kepada anak, agung lagi kasih sayang Allah kepada hambaNya. Subhanallah..
1 comment:
tahniah abang Naim ! keep it up dear ! moga kejayaan dunia & akhirat milik kita semua
Post a Comment