Monday, October 17, 2011

bertemu janji Allah

"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan."

(Al-Anbiya' : 47)

==========================================================

Dua hari berturut-turut aku menerima berita yang mengejutkan.


Semalam berita husband Kak Asnah telah dijemput Allah. Ada yang kata akibat sesak nafas. Ada jugak yang kata akibat sakit jantung.

Hari ni aku dimaklumkan Aliza, mak kepada sahabat aku, Zam telah pulang ke rahmatullah. Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.

Tersentak jugak aku. Sebab Zam ada tanya pendapat aku, mintak tolong tanya Kak Long perihal keputusan yang perlu dibuat ke atas penyakit emaknya. Dan sekarang.. berita pemergian maknya kuterima.

Al-Fatihah untuk kedua-dua arwah. Semoga roh kedua-duanya digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Buat sahabat-sahabatku, Kak Asnah dan Zam.. bersabarlah dengan ujian Allah. Redhalah pemergian mereka. Sesungguhnya kesabaran dan keredhaan itu akan diberi ganjaran pahala yang besar. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.

Duduk aku memikirkan kedua-dua kejadian ini. Sekelip mata. Tiada alarm. Tiada signal. Insaf. Takut. Gentar. Gerun.

Sesungguhnya semua penyakit yang diuji Allah hanya penyebab. Yang sebenarnya ajal mereka sudah sampai. Dan kita jua akan menuruti jejak langkah mereka suatu hari nanti. Ya Allah.. takutnya.. aku belum bersedia. Belum bersedia..


Insaf aku bila mendengar berita kematian. Sesungguhnya ia merupakan ingatan untuk yang masih hidup kerana yang pergi tetapkan pergi. Hanya 3 perkara yang dibawa ke sana. Sesungguhnya jua tiada yang kekal di dunia ini. Semua ini milikNya. Semua ini akan kembali kepadaNya apabila tiba waktunya.

Ingatan untuk aku yang masih diberi peluang menghirup udara percuma dariNya..

1- hargailah suami dan ibu serta insan di sekeliling kita sementara kita masih diberi peluang.

2- kumpullah amalan sebanyak mungkin. Amar makruf nahi mungkar. Jaga tingkahlaku, jaga pergaulan, jaga aurat dan jagalah segalanya kerana kita akan dipertanggungjawabkan setiap perbuatan kita di dunia ini.

3- Berbuat baiklah kepada makhluk Allah di bumi ini kerana suatu hari kita akan mengadapNya. Hari di mana tiada siapa yang dapat membantu kita kecuali amalan kita ketika masih hidup.

Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah olehNya. Kasihanilah hambaMu ini Ya Allah..

No comments: