"...berbuat baiklah kepada semua makhluk yang hidup, nescaya ada ganjaran baginya..."
========================================================

Ada orang ni kan.. dia dilahirkan dengan perasaan yang tidak peka terhadap perasaan orang lain. Golongan yang bertindak-tanpa-menggunakan-akal-dan-tidak mengambilkira-perasaan-orang-lain ni selalunya semua dilanggarnya. Dia merasakan dialah manusia terhebat abad ini. Lebih teruk lagi dia merasakan dirinya bagus, ideanyalah yang paling bernas lagi superb. Penonjolannya jelas agar dia tertonjol di khalayak ramai. Percakapannya hebat tapi implementasi belum tentu. Mrs. Bogusla katakan.. oopppssss..
Bosan jumpa atau kenal orang cenggini kan? Lebih parah lagi kalau dia pandai main politik. Teringin jugak rasanya untuk mengelar kulit dia, sikit pun jadilah. Pastu siat sikit, sikit pun jadilah. Pastu kasi ssengatttt lagi.. taruk garam. Seronok jugak nengok spesies ni meronta kesakitan. Hmm..
Kenapa dia jadi camtu? Oh.. dia lupa agaknya Allah itu Maha Adil dan doa orang-orang teraniaya tu akan dimakbulkan Allah.
Tapi takdelah doa sampai dia sakit, doa sampai porak-peranda rumahtangganya, doa sampai dia tak dikurniakan zuriat.. doa sampai keluarga dan zuriat keturunannya tak bahagia hingga ke akhir hayat.. takde. Jahat amat kalau doa camtu. Nantilah azab Allah di dunia dan di sana.
Cukuplah sekadar berdoa moga dia mendapat balasan setimpal daripada Allah agar dia sedar tinggi rendahnya langit ni. Kerana Allah itu Maha Adil kan?
Kita yang dikurniakan-akal-yang-waras-untuk-bertindak-dengan mengambilkira-perasaan-orang-lain ni janganlah jadi seperti dia. Banyakkan bersabar dan mengingati Allah. Banyak ganjaran pahala yang kita dapat. Kerana hidup ini hanya sementara. Takat mana sangatlah dia boleh pergi dengan sikap yang begitu.
Ini hanyalah ujian kecil daripada Allah. Contohilah junjungan besar kita.. walau dicaci dan dimaki, Baginda tetap menyuapkan pencaci dan pemaki itu makan. Subhanallah.. mulia sungguh dirimu Ya Rasulullah. Jauh amat umatmu ini dari mengikuti sunnahmu.
Ampunkan dosaku Ya Allah..
No comments:
Post a Comment