"...kewajiban seorang anak terhadap ibunya adalah sangat besar. Wajib baginya menghormati dan mentaati perintah ibunya..."
=======================================================
Bil telefon aku bulan ni tak seperti selalu. Selalu agak tinggi. Tapi bulan ni ciput je.
Seharusnya aku gembira andai begini angka bil telefon setiap bulan. Tetapi tidak. Aku tak gembira.
Aku ralat. Aku telah membuat kesilapan. Kesilapan besar.
Setiap minggu aku akan hubungi Mak. Kurang-kurang sejam bercakap dengan Mak tu adalah normal. Macam-macam cerita timbul. Tidak hairanlah bil telefon aku agak tinggi. Tapi aku tak kisah. Aku tak kisah. Apa sangatlah nilai bil tu kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan dan kasih sayang yang telah Mak curahkan pada aku. Malah tak terbalas dengan apa jua sekalipun.
Bulan ni angka bil luarbiasa, soalan tersebut terjawab.
Ya Allah. Bukan aku tak sayang. Bukan aku tak rindu. Dua perkara tersebut tak ternilai dengan kata-kata.
Aku telah mengabaikan ibuku sendiri. Sibuk dengan kerja. Sibuk dengan kehidupan seharian. Urusan duniawi. Tak taulah kesibukan apa yang aku lalui hingga bulan ni aku jarang menghubungi ibu yang melahirkan aku. Memang benar.. bulan ni memang Mak yang lebih banyak menghubungi aku daripada aku menghubungi Mak. Rindunya Mak pada aku.
Berdosanya aku.
Mak sesekali tak pernah abaikan aku. Aku sakit Maklah yang yang berdoa tanpa meminta walau sedikit balasan. Aku susah Mak jugak yang sering berdoa untukku. Makbulnya doa seorang ibu. Setiap apa yang suap di mulut Mak, Mak sering terkenangkan aku. Aku? Ada aku mengingati Mak sepertimana Mak ingat padaku? Apa balasan aku pada Mak? Ya Allah.. Ampunkan dosa anak Mak ini. Lalai sungguh anak Mak ini.
Apa perasaan aku kalau dah besar nanti, sibuknya Naim Najwa hingga tak sempat menghubungi aku. Tidak kecilkah hatiku? Tidak sedihkah diriku?
Sepatutnya sebagai anak, aku berusaha membahagiakan Mak. Berusaha lakukan yang terbaik untuk Mak. Inilah masanya. Inilah peluangnya. Peluang yang diberikan Allah. Jangan abaikannya. Jangan sia-siakannya.
Ya Allah.. terjawablah persoalanku kenapa aku sering merasakan seakan-akan ada sesuatu yang tak kena kebelakangan ini.
Selepas Allah menyedarkan aku, aku terus menghubungi Mak. Tapi riak suara Mak langsung tidak menggambarkan Mak terasa dengan anaknya sorang ni. Begitulah ibu. Seboleh mungkin menjaga hati dan percakapannya supaya anak tidak berdosa. Mulianya hati Mak..
Mak.. ampunkan dosa anak Mak ini.
Ampunkan dosa hambaMu Ya Allah. Engkau bimbinglah hambaMu ini Ya Allah. Berikanlah peluang kepadaku untuk berbakti kepada ibuku. Hanya kepadaMu ku bermohon..
No comments:
Post a Comment