"Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya terjaga."
(Saidina Umar Al-Khattab)
(Saidina Umar Al-Khattab)
==========================================================
Bebaru ni ada sedikit peringatan dari Allah buatku.
Najwa demam. Lepas pegi klinik dan amik ubat Najwa ok. Tapi lepas tu demam balik walhal time tu Najwa on EES. Aku dah boleh agak apa puncanya. So malam tu aku kena pegi jugak klinik dengan tujuan untuk dapatkan PCM. PCM yang ada tu takleh kaver untuk esoknya.
Sampai kat klinik doktor tu kata.. ada infection dekat lung anak aku. Anak you ni pneumonia. Gulp!
Memang aku sangat terkejut. Ya Allah.. bantulah hambaMu ini..
Doktor buat referral letter. Aku request untuk ke hospital gomen.Walaupun company husband aku leh kaver medical centre yang sering dikunjungi ramai, tapi aku tetap ngan gomen. Aku lebih percayakan hospital gomen. Apa-apa aku ada proof.
Kami ke emergency. Aku explain segala-galanya pada doktor. Najwa amik PCM, EES, Chlorpheniramine dan Diphenhydramine. Demam balik after 2 days recover.
As expected, amik darah Najwa. Itu yang aku nak. Aku nak tau result FBC. White blood cell tinggi, 16.5. So doktor bagi Augmentin, Salbutamol, PCM dan Oseltamivir! Anak aku ada tamiflu??
Saspen.. saspen.
Dah amik sume ubat tu terus aku call doktor peribadi aku. Tak kira walau tengah malam buta.
Banyak betul yang Kak Long question. Kenapa dia tak buat x-ray - baru boleh confirm pneumonia. Aku kabo doktor tu kata mild pneumonia. Kak Long kata there is no walking pneumonia!
Kak Long question lagi.. for what reason dia bagi ubat tamiflu. Aku kabo cemana doktor tu kabo kat aku.
Kak Long cukup marah. Explaination dia too loose. Tak salah nak bagi ubat tu tapi mesti ada justification. Pastu pulak kenapa nak kena bagi Salbutamol. Sekali lagi kak Long tak puashati dengan doktor-doktor muda.
Kak Long aku ni cukup patriotik. Dan dia sangat meminati bidang kedoktoran. Prinsip dia.. menjadi seorang doktor mestilah punya keazaman yang tinggi untuk membantu orang yang sakit. Apa perasaan anda sekiranya pesakit itu adalah ahli keluarga anda? Mesti nak dia dapat rawatan yang terbaik bukan? Selain itu, prinsip utamanya.. buat kerana Allah. Tanggungjawab yang digalas perlu ditunaikan sewajarnya. Kerana itulah kakak aku ni cukup marah dengan doktor yang takut untuk membuat keputusan. Takut membuat keputusan bermakna anda tidak mahir dalam bidang tersebut. Dan seorang doktor tidak boleh berada dalam keadaan begitu. Kalau tak tau, perlu refer kepada senior!
Sebab tulah kalau dia interview student yang baru grad dan nak start keje ni memang panjang lebar khutbahnya ;-)
So Kak Long soh aku bawak Najwa pi Hospital Sungai Buloh. Kebetulan esoknya tu memang appoinment Naim kat HSB.
Seperti biasa Kak Long akan tamatkan perbualan dengan..
"Sabar. Ginilah liku-liku nak membesarkan anak. Jangan susah hati. Kena sentiasa ingat, semua ni milikNya. Banyakkan mengingati dan berdoa kepadaNya. Ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Allah buat tu adalah terbaik untuk kita. Kak Long sentiasa doakan kita semua sentiasa dalam lindunganNya."
Berkaca jugak mata aku. Memang kuat darah arwah Ayah mengalir di dalam diri Kak Long..
Esok tu aku EL. Anak adalah keutamaan. Husband aku pun sama-sama ke HSB.
bersambung...
2 comments:
aku doakan yang terbaik untuk najwa...insya allah dia mewarisi semangat kental mamanya.aminn.
Dear;
semoga najwa cepat sembuh...
Post a Comment