Thursday, October 27, 2011

ingatan buat seorang hamba II

"Antara tanda-tanda orang yang bijak sana itu adalah hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan zikrullah, kedua-dua matanya menangis kerana penyesalan (pada dosa) yang dilakukannya, segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah dan mereka mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia."

(Saidina Uthman bin Affan)

==========================================================

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Dapat jumpa dengan doktor peribadi aku lak kat sana (abis sume aku jadikan doktor peribadi. kehkehkeh). Najwa di x-ray. Memang ada infection but not pneumonia. Ubat sewajarnya diberikan.

Alhamdulillah ketika aku menulis cerita puteriku ini, Najwa dah sihat seperti sediakala. Alhamdulillah semua takkan berlaku tanpa izinNya.

Moral :
Saranan aku kepada ibu/bapa dan ibubapa.. ketahuilah nama ubat yang diberikan kepada anak anda. Tak perlu tahu semua. Cukup untuk mengetahui yang basics yang kanak-kanak selalu dapat je.

1) PCM
Ni nama medic. Kalu gi spital, sebut PCM je. Nampak kita medical literate sket. Heheh. PCM stands for paracetamol atau ubat demam.

2) Promethazine/Phenergan
Ubat selsema dan batuk untuk bayi.

3) Chlorpheniramine
Ubat selsema. Kaler dia kuning cair. Kalau allergy pun doktor leh bagi ubat ni.

4) Diphenhydramine
Ubat batuk. Kaler dia light brown.

5) Loratadine/Claritin
Ubat allergy. Orang resdung pun dapat ubat ni.

6) EES
Ni nama medic. Kalau gi sepital sebutla EES. Cam yang aku mention, nampak medical literate sket. Heheh. Ni antibiotik. Nama panjang dia Erythromycin. Kak Long memang suggest aku mintak antibiotik ni kalau doktor nak bagi antibiotik. Antibiotik ni bagus sebab dia tak buat budak-budak allergic.

7) Amoxicillin
Antibiotik jugak. Ni dari group penicillin. Sesetengah budak yang allergy dengan penicillin memang takleh makan antibiotik ni. Nanti naik gatal-gatal atau kesan sampingan lain. Aku memang taknak antibiotik ni kalau doktor bagi. Memang aku request EES.

8) Augmentin
Antibiotik jugak. Level dia lagi atas daripada EES. Kaler putih. Sesetengah klinik bagi powder so kita kena dilute 60ml as directed. Kalau EES tak jalan, inilah antibiotik yang doktor bagi. Tapi ni hanya specialist je yang boleh prescribed. Kalau beli kat farmasi tak silap aku rege dia above RM50 sebotol. Antibiotik ni pun ada dalam bentuk tablet untuk orang dewasa.

9) Zinnat
Nama lainnya Cefuroxime Axetil. Ni pun antibiotik. Ni level lagi atas daripada Augmentin. Jarang doktor bagi sebab hanya specialist/consultant je boleh bagi antibiotik ni. Ni kalau cari kat farmasi rege dia lagi mahal daripada Augmentin.

Cakap pasal antibiotik ni kan.. make sure kalau pegi klinik swasta check dos ubat ni mesti cukup untuk anak kita. EES dan Augmentin - 1 botol tu contains 60ml. Normally antibiotik ni three times or twice daily. Kena calculate before keluar klinik. So far aku pegi gomen dos sentiasa cukup. Klinik swasta kadang-kadang dos tak cukup. Kalau tak cukup dos kena kabo ke pharmacist. Antibiotik kena makan dengan dos yang betul supaya bakteria yang ada dalam badan dibunuh dengan jayanya ;-)

10) Flixotide Evohaler
Ni puff untuk asma. Case dia kaler oren. This is for prevention. Maknanya memang kena amik kalau anda seorang penghidap asma. 1 puff 1 atau 2 kali sehari, depends pada prescription doktor.

11) Ventolin Evohaler
Ni puff untuk asma jugak cuma ni bukan for prevention. Case dia kaler biru. Once kena attack, kena amik 2 puff.

Tulah antara basics ubat yang pada aku ibu/bapa perlu tahu. Tak banyak pun. Sikit je kan ;-)

Aku tau bukan sebab aku merupakan adik kepada seorang doktor. Tak. Kalau takde family doktor pun anda semua boleh tau. Malah anda berhak untuk tau. Boleh tanya masa jumpa doktor/pharmacist tu. Kalau klinik/hospital kerajaan ni memang purposely dia display nama ubat pada botol ubat. Dan di zaman teknologi ni, boleh gugel.

Lagi satu advantage kalau kita tau nama ubat. Kalau ada repeat case, kita boleh bagitau detail pada doktor. Doktor pun suka sebab sangat membantu. Senang dia nak rule out sakit kita ;-)

Jadi, marilah kita sama-sama lebih mengambil berat pasal ubat. Banyak faedahnya. Semoga kita semua diberi kesihatan yang berpanjangan olehNya.

No comments: