"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup, iaitu MATI"
(Hadis sahih riwayat Tirmizi, Nasa'ai, Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)
(Hadis sahih riwayat Tirmizi, Nasa'ai, Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)
========================================================
Baru terima mesej daripada husband aku pasal anak-anak yatim. Menitik airmata aku. Payah pulak nak berenti.
Aku bukanlah tergolong di kalangan insan yang pandai mendekati kanak-kanak. Selalu aku stone je ngan kanak-kanak. Aku lebih berkemahiran mendekati remaja.
Tapi bila aku pandang wajah anak-anak yatim.. airmuka mereka cukup bersih, melihat redup matanya, penuh pengharapan.. aku tewas. Aku tewas..
Perasaan bersalah mula timbul.
Terlalu mewahkah pemberianku kepada anak-anakku? Berlebihankah keperluan yang kuberikan kepada anak-anakku? Sedang anak-anak yatim di luar sana terkadang terlalu sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup. Apakah sumbanganku untuk mereka? Apakah yang akan aku jawab bila disoal di akhirat kelak?
Ya Allah.. ampunkan dosa hambaMu ini Ya Allah.. didiklah hambaMu ini Ya Allah..
No comments:
Post a Comment