"Jika kita menjaga hak-hak Allah, nescaya Allah menjaga akan hak kita."
=======================================================
Kalau air pulak..
Aku tak suka air sejuk (berais) dan bergas. Tapi kalau pegi umah orang yang hidang air sejuk/bergas aku minum je. Amik ati tuan rumah. Nak kata tak minum, nampak memilih nor. Tak baik tau, orang dah hidang. Pegi umah orang jangan memilih. Jangan ikut selera kita je. Rezeki kita dah Allah surat camtu. Kena terima. Adab berziarah jangan dilupa. Sampai dalam keta nanti aku minum air masak yang sentiasa aku bawak bekal bila keluar.
Cumanya aku ni cam biasalah, kalau orang tanya nak air apa. Jawapan aku, tak kisah, minum je air apa pun. Walhal air sejuk, air bergas, nescafe aku tak suka. Tapi bila ziarah umah orang jangan banyak cekadak. Hormat tuan rumah yang raikan kita.
Kerana tak minum air sejuk jualah umah aku tak pernah ada air sejuk. Mungkin tak biasa daripada kecik. Arwah Ayah memang peminum tegar air suam. Aku tak pernah nampak arwah minum air sejuk. Kalau tak air suam, kopi o panas. Mak pun gitu.
Kami adik-beradik Mak tak bagi minum minuman ada kafein. Kalau tak teh o, milo. Takpun horlick. Takpun ovaltine. Kalau milo, horlick atau ovaltine tu memang tak letak gula. O sungguh. Heheh. Feveret kami adik-beradik teh o panas. Cuma abang aku, dia suka teh Earl Grey (high taste la pulakkkk). Kak Long pulak memang rejek teh ada flavour ni. Pening kepala katanya. Aku? Tada hal punyaaa....
Aku suka air suam. Panas tak bape. Melecur lidah gue. Air feveret aku teh o limau suam. Wah.. memang heaven dapat minum air tu walaupun di kala matahari tegak di atas kepala.
Lagi satu habit aku.. aku tak minum air lepas makan.
Tujuan sebenar aku buat gitu bukan untuk kurus. Aku tak minum air lepas makan sebab selalu air tak abis bila minum time tu. Aku cuma leh minum 2-3 teguk je. Cemana nak abis kan.. pas makan kenyang tu ada lagi kudapan lain. Kihkihkih.
Time makan memang aku menikmati makanan. Dah abis makan tu aku rest dulu. Sejam (tak pasti sejam atau lebih) lepas tu baru aku minum. Dah jadi habit gitu. Mungkin terikut-ikut ngan Mak. Mak aku memang tak minum air masa makan dan lepas abis makan.
Tu je la cara pemakanan dan minuman aku. Aku tak amik supplement. Aku tak amik sebarang produk kesihatan. Ubat kurus jauh sekali. Prinsip aku, Allah bagi selera makan jangan disiakan. Bersyukur. Sekali Allah tarik nikmat tu, merana kita. Janji makanan tu halal dan origin. Dan jangan melampau dalam menikmati rezeki kurniaan Allah.
Yang pasti (ada lagi nih), makanan yang memenuhi selera aku ialah makanan pedas. Kalau takde pedas, aku perlukan cili padi 5-6 biji untuk dijadikan ulam. Tanpa pedas, seleraku akan jadi biasa-biasa je ;-)
Dan aku tak kisah kalau masakan tu dah sejuk (maksudnya masak awal), aku boleh je makan. Tada hal punya. Nak panaskan pun boleh tapi guna dapur biasa. Umah aku takde microwave. Nak kurangkan gelombang.. heheh. Konservatif gitewww..
No comments:
Post a Comment