Sunday, September 18, 2011

tips kuruskan badan (abis dahhhhh)

"Jika kita mengingati Allah di kala senang, nescaya Allah akan mengingati kita pada waktu kita susah."

==========================================================

Kesimpulannya

Kalau ada yang nak kurus, aku sedia beberapa tips:

1) jangan skip makan.
Meal time
kena amik. Itu diet yang betul. Makan sikit pun jadi janji waktu makan jangan biarkan perut kosong. Jangan ambik snek. Ada orang taknak makan nasi tapi amik snek. Tu diet salah. Snek selalunya manis/masin. Manis masin boleh mengundang diabetec/darah tinggi/jantung dan sudah pasti obes.

2) makan makanan berkhasiat.
Yang penting ada karbohidrat, protein, sayur dan buah jangan lupa. Senang citer, ikut je piramid makanan tu.

3) elakkan fast food dan process food.
Sume ni menambahkan lemak dalam badan. Fast food dan process food ni tinggi kandungan garam. Ni pun mengundang banyak penyakit. Darah tinggi, jantung, kencing manis, kerosakan hati.. obesiti tu dah tentu.

4) kurangkan memakan seafood.
Tak salah nak makan tapi kalau umur dah makin meningkat, memang kena kurangkan seafood. Bilamana metabolisme badan tidak lagi seperti waktu muda. Sebab lagi dalam hidupan laut tu kita perolehi, lagi tinggi kolesterol pada hidupan laut. Badan pulak lambat je nak proses makanan.

5) exercise.
Yang ni aku pun liat tapi kena buat jugak. Untuk diri sendiri dan anak-anak.

6) tak perlu amik supplement, ubat kurus, produk kesihatan, air/jus yang boleh tampung kuantiti makanan sehari, atau segala macam pil yang menggantikan makanan.
Salah tu. Jangan buat gitu. Nanti buruk padahnya. Short term mungkin terbukti tapi kita tak tau long term bila sume tu dah jadi darah daging, diserap oleh organ-organ dalaman. Kalau tak caya, leh tanya doktor pakar. Takde yang recommend sume kat atas tu. Amik origin food je. Hari akan datang bila banyak penyakit datang, doktor sendiri tak tau apa puncanya. Sebab tulah sekarang kita tengok banyak penyakit pelik-pelik.

7) kurangkan menu western, sekali sekala tu takpe
Menu western ni banyak lemak dan kurang sayur. Lemak ni lama-lama akan terkumpul dalam badan. Amalkan makan cemana orang kampung makan. Sayur labu/petola masak pedas, ulam,.. nampak simple tapi banyak zat tu wehhh..

8) banyakkan air suam, kurangkan air sejuk
Ni aku tak sure whether tips kuruskan badan atau tak. Tapi aku perati orang yang amalkan minum air suam ni solid je body dia (tak termasuk aku).

9) minum air ada limau
Ni pun aku tak sure. Tapi dah bos aku pernah kata gitu kat aku, ye la kot. Heheh.

Bila baca tips ni, nampak benor aku ni agak konservatif bab makan kan? Mungkin ye. Aku memang particular bab makan. Halal tu satu hal. Healthy diet tu pun kena ambik kira. Bila anda pernah sakit, anda pernah melalui saat itu, anda akan cukup berhati-hati dengan diet anda..

Tapi tips paling hebat ialah.. puasa. Sebenarnya kan.. puasa pun boleh buat kurus. Cuba amalkan puasa sunat. Tak dapat banyak, Isnin dan Khamis pun jadi la. Memula memang liat. Tapi once kita dah buat, kita rasa ralat bila tinggalkan. Cuma janganla niat kerana nak kurus. Niat kerana Allah. Nanti ada hasil lain Allah bagi. Sebulan nanti turunla berat tu 2-3kg. Percayalah..

2 comments:

Munajah Cinta said...

saya sgt setuju ngan tips CP..tapi no4 tu..susah yang tinggal.sbb feveret saya seafoooddd :))

cahaya petunjuk said...

heheh. takpe. slowly ;-)