Wednesday, September 14, 2011

tips kuruskan badan II

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya."

(Hadis riwayat Al-Khatib)

=======================================================

Organ dalam tu aku tak makan sebab tak pernah makan daripada kecik. Sampai besar aku tak makan. Aku pernah makan hati ayam masa aku buat treatment chemo dulu sebab nak naikkan Hb. Kalau tak kerana itu memang aku tak makan. Memang tak lalu. Aku kena pecahkan hati ayam tu, pastu aku jadikan cam pil. Masuk dalam mulut dan telan dengan air. Ya Allah.. ngerinya..

Makanan peram pulak aku tak makan lepas aku tau aku sakit. Belacan, budu, ikan masin, telur masin dan ikan pekasam. Tapi ikan pekasam memang aku tak suka. Sekali je aku pernah makan seumur hidup. Yang lain tu semua sedap tapi memang aku pantang atas nasihat doktor peribadi ;-) Camtu jugak dengan jeruk dan asam. Memang aku dah tak makan. Kalau teringin sangat, aku amikla sikit tapi aku memang cuba elak.

Camtu jugak ngan makanan bermalam. Ni aku ikut atas nasihat doktor yang merawat aku dulu. Sampai skarang aku memang tak amik makanan bermalam. Makanya kat umah aku ni kalau masak memang lauk untuk sehari je. Esok kalu, masak lain.

Lagi satu aku tak makan.. ikan air tawar. Ikan keli ke apa.. isk.. aku tak bape nak lalu. Tapi surprise!!! Mak mertua aku buat ikan sembilang masak belado.. aku makan lak. Hahah. Cemana tu?

Sebabnya.. aku tak sampai hati nak kata 'TAK'. Walaupun aku tak makan, tapi bila dah dihidang, aku tak sampai hati nak kata aku tak makan. Memilih benor nampaknya. Penat dia masak dan sediakan kat aku. Dasar menantu tak mengenang budi kalau aku rejek. Maka kalau mak mertua aku yang masak ikan air tawar, aku makan. Lagi pulak masakan mak mertua aku memang sodapppppp. Err.. ikan sembilang tu ikan air tawar ke air masin? Paras rupanya cam ikan keli..

Dan.. makanan lain yang sering aku elak ialah fast food. Dan tak lupa process food. Aku lebihkan kepada origin food. Asli. Sungguh klasik lagi tradisional. Heheh.

Bila nengok senarai tu agaknya apalah yang aku makan..

Banyak.. selain daripada tu semua aku makan.

Daging, tulang memang feveret aku. Masa aku buat treatment dulu, orang soh elak daging merah. Aku belasah je. Doktor aku kata jangan pantang. Maka aku tak pantang. Bersalin pun aku tak pantang. Kata orang jangan makan ayam, jangan makan telur sebab takut lambat sembuh luka. Kata Kak Long, makan je. Kalau pantang nanti baby tak cukup zat nak menyusu. Limau pun Kak Long soh makan. Vitamin C cepat sembuh luka kata Kak Long.

Masa bersalin aku cuma pantang makanan dan minuman sejuk je. Pantang 100 hari you! Lain-lain sume aku bedal.

Makanan yang aku takkan tolak ialah sebarang jenis sayur dan buah. Peria, ulam, petai, dan apa sahaja sayur dan buah sume aku telan. Jantung pisang masak lemak tu antara feveret aku. Sedap. Sangat sedap.

2 comments:

Wawa said...

Cik Sri,
saya sdg cuba memfolo tips cik sri ni...pagi ni brekfes heavy, nasiklemak presint 8..hehehehe

cahaya petunjuk said...

selamat maju jaya :-)