Monday, September 12, 2011

tips kuruskan badan

"Makanlah rezeki Allah dan bersyukurlah kepadaNya."

(Saba : 15)

========================================================

Aku selalu cuba tulis post pendek. Tapi asikla terjadi panjang. Cubaan sering gagal. Tak terkecuali post ni. Maka aku kena kerat post ni supaya tak terlampau panjang.

Selepas dikerat.. camnila jadi post aku kali ni..

"Bestla you ni.. makan banyak tapi tak gemuk."

Sokmo la orang kata gitu kat aku. Orang asik nengok luaran je, memangla nampak kurus. Tak nengok lagi yang lain-lain. Heheh.

Tapi tang makan, memang tak dapat nafikan, aku suka makan. Hanya orang yang mengenali aku sahaja tahu significantnya aku dengan makanan. Hahah. Tapi suka makan tak sama ngan hobinya makan. Hobi makan tu buruk lantak la pulak kan. Taknak ngaku tu. Kihkihkih.

Dalam suka makan aku ni, aku masih boleh pakai baju kurung masa aku matriks dulu. Kebaya akad nikah yang putih tu pun celuih lagi. Magis jugak tuh. Sebab tu kot selalu sangat depa ni kata aku kurus. Walhal aku takdela kurus mana sebenarnya. BMI aku normal.

Cuma harus diingat, kalau makan banyak tapi berat menurun tu something wrong somewhere. Harus pegi klinik check. Itulah symptom-sypmtom awal aku dulu. Ngeri..

Maka sukalah kenalan-kenalan aku ni tanya tips makan aku..

Meh sini aku citer.. aku memang tak miss breakfast, lunch and dinner. Celah-celah tu pulak memang aku ambik snek. Anggaran 6 kali jugak aku makan sehari. Tak percaya? Sungguh. La ni jam hampir menunjukkan 10 pagi pun aku tengah mengunyah roti gardenia vanila usai breakfast nasi lemak ayam + telur mata bersama suami pagi tadi. Ada pulak bekal bihun goreng. Nanti aku jamah lagi. Heheh.

Habis lunch aku nak mengunyah lagi. Dapat pisang goreng ke, kuih muih ke.. sedap tuh. Pencuci mulut. Dah makin meningkat usia ni kena ada pencuci mulut. Heheh. Banyak eh aku makan?

Kata Kak Long, breakfast is the king. So breakfast aku memang heavy. Aku tak kenyang kalo makan roti je. Dan Kak Long sokmo soh aku makan telur. Bagi sihat katanya.

Kalau makan semeja ngan Kak Long, telur dalam pinggan dia selalu ada dalam pinggan aku secara tiba-tiba. Pinggan dia ada sejemput nasik, ikan/udang/daging/apa sahaja bentuk protein, sayur/ulam dan buah. Dia kata dia takleh makan banyak sebab dah masuk 40 tahun. Aku yang belum 40 tahun ni sokmo jadi majlis perbandaran. Lagi satu pe'el aku.. aku memang suka makan bekas Mak ngan kakak serta abang aku. Camtu jugak ngan makanan dalam pinggan suami aku. Ambik berkat. Heheh. Tapi jangan makan bekas adik atau anak. Nanti depa tak dengaq kata baq hang..

Lunch dan dinner pulak memang aku amik nasik. Wajib. Mungkin kerana dah dibiasakan daripada kecik main course ialah nasik, aku memang kena makan nasik. Rasa tak kenyang dan tak puas kalau tak dapat nasik. Lauk pulak.. aku boleh je makan lauk apa pun. Cuma ada jugak yang aku tak makan. Apa aku tak makan?

1) Tak semua seafood aku makan
2) Organ dalam (hati, jantung, paru-paru, perut, otak, buah pinggang dan segala mak nenek organ dalam aku tak makan)
3) Kalau ayam - kulit, leher, kaki dan tongkeng aku tak makan.
4) Makanan diperam dan makanan bermalam aku tak makan.
5) Ikan air tawar

The rest.. aku tolan yo.

Bila bercakap pasal seafood, memang selected sangat aku makan. Aku tak makan ketam. Mungkin sebab tak biasa daripada kecik sebab tu aku tak makan. Aku pernah cuba but maybe bukan taste aku. Kata orang, hilang satu nikmat dunia. Nok buat guane ye dok.. Kerang satu ketika dulu aku makan. Sekarang tidak lagi. Kerang dan adik-beradiknya - makanan bercengkerang. Lala, kepah dan segala-galanya. Aku tak makan. Siput sedut aku tak makan. Tak reti dan tidak mahu mencuba. Udang pun aku baru belajar makan lepas kahwin. Heheh.

Masa aku kecik Mak tak masak udang sebab Kak Long resdung. Sian pulak kat dia kalau adik-adiknya makan. Sudahnya Mak tak beli. Kami adik-beradik pun tak makan. Seafood tu feveret aku ikan tenggiri dan ikan selar kuning je. Kalau goreng aku boleh ratah gitu je. Kesian je bunyinya. Ikan selar kuning je feveret..

Aku dah kerat post ni. Nanti sambung lagi untuk tips menguruskan badan :-)

2 comments:

Munajah Cinta said...

saya rasa kenyang baca this entry..;)

cahaya petunjuk said...

heheh.. jangan gitu. malu ai..