"Sabda Rasulullah saw : Sesungguhnya setiap kamu adalah pengawal dan setiap kamu akan ditanya daripada orang yang dikawal."
=========================================================
Alhamdulillah.. aku ditakdirkan mempunyai anak-anak yang suka membaca. Semoga hobi ni berkekalan hingga ke tua ;-) Tak citer la pulak hobi nengok tv tu kan. Sebab yang tu dah sah hobi depa jugak ;-)
Cumanya best part pasal nengok tv ni.. walaupun anak-anak aku ni suka nengok tv tapi bila Ayah atau Mama duduk atas sofa depan tv, anak-anak secara automatik akan hulurkan remote tv dan astro. Abang Naim siap tanya lagi.. Mama nak nengok channel apa? 103? 106? 119? Hahah. Naim tau feveret channel aku ;-) psssttt.. channel 721 jangan nengok depan diorang. Jangan dedahkan diorang dengan pandangan sebegitu di usia sebegini. Kena sacrifice sikit demi mendapatkan hasil yang baik insyaAllah..
Alhamdulillah anak-anak aku ni memang tak kisah kalau tukar channel walaupun diorang tengah syok tonton kartun feveret diorang. Jadi isu anak conquer tv tak timbul di rumah aku.
Nak tau rahsianya? Nanti slot lain la pulak aku citer ye. Heheh. Banyak petua nak dikongsi ni. Aku ada lagi beberapa hutang. Nak share cemana nak bagi anak makan nasi, cemana nak bagi anak makan sayur, cemana anak boleh tak skip makan.. itupun aku tak share lagi walau dah ada yang request. Tunggu yer. One by one..
Naim suka betul baca buku Adam Kecil. Setiap kali pegi shopping complex, tempat feveret anak-anak aku ialah MPH atau Popular. Seronok betol Naim ada member card Popular. Seronok lagi bila dia sendiri ke kaunter bayar buku yang dia nak. Tergambar di wajahnya ;-)
Buku Adam Kecil tu, sehari pun boleh habis dibaca. Abis segala episod dah dibeli. Secret Seven Enid Blyton tu je tak abis-abis lagi ;-)
Bebaru ni balik raya kat Terengganu, Naim asik baca buku Salahudin Al-Ayubi. Umah aku kat Terengganu tu memang banyak buku. Cam library kecik kat umah. Itu pun dah banyak transfer ke rumah masing-masing. Kak Long amik, Abang Dan pun dah amik, aku pun amik. Tapi Mak aku ni memang suka membaca, especially buku agama dan sirah nabawiyah. Jadi buku kat umah tu sentiasa bertambah. Kakak aku pulak memang suka membeli, tak terkecuali buku.
Maka seronokla kanak-kanak ni membaca. Banyak betul aktiviti diorang ni kalau balik Terengganu. Main dah satu hal. Pegi pantai lagi, tambah lagi baca buku. Pastu mula la lakonan masing-masing. Ada yang jadi Salahudin, ada yang jadi Al-Fatih, Khaled Al-Waled dan macam-macam lagi ;-)
Dah khatam Naim baca buku ni. Aku tak start lagi. Gulp! Aku dah janji ngan Naim nak beli lagi buku-buku sejarah perwira Islam ni.
Daripada aku tak tau Salahudin ada abang nama Samsudin, aku dah tau. Daripada aku tak tau perang Hattin, aku dah tau. Daripada aku tak tau musuh Salahudin nama Benice daripada tentera salib, aku dah tau. Banyak lagi.. tentera berkuda, panah berapi tentera Islam, Bandar Aleppo.. Subhanallah.. mudahnya kanak-kanak absorb sume tu. Memang mereka ni kain putih!
Masa aku dengar Naim bercerita tu rasa cam aku ni pulak student. Naim jadi cikgu. Subhanallah.. aku impressed! Aku sendiri pun tak gerenti boleh citer balik sampai camtu sekali.
Bila dah abis baca, aku mintak dia cerita apa pengajaran yang kita dapat di sebalik cerita tu. Syok bila Naim cerita tentera salib ni banyak kali mungkir janji terhadap tentera Islam pimpinan Salahudin. Aku pun terus la slot sifat mungkir janji ni sifat munafik. Kalau tak pasti kita dapat tepati atau tidak, jangan berjanji. Aku slot lagi betapa kuatnya semangat orang Islam masa tu. Kita sebagai orang Islam perlu kuat semangat. Hidup mati kita adalah untuk agama kita, Islam. Jangan takut sebab Allah sentiasa ada bersama kita. Naim siap tambah lagi, diorang tu mati syahid kan Mama.. nak tanam pun tak payah mandikan. Allah tau diorang syahidkan Mama?
Pernah Naim kata kat aku dia nak jadi berani macam Khaled Al-Waled. Tak baca lagi buku tu tapi sepupunya ada yang dah baca. Subhanallah..
Ya Allah.. sungguh aku rasa kerdilnya aku di sisi Allah..
Adik Najwa pulak pantang nengok Abang Naim pegang buku. Terus masuk dalam bilik dia dan cari buku untuk dia baca. Yang ni lagi sorang. Memang rajin. Teruja aku nengok Adik Najwa ni. Kalau Abang Naim bercerita pasal buku yang dibaca, Adik Najwa pun mula ceritakan intipati buka yang dibaca. Kena amik giliran nak bercerita. Supaya dua-dua rasa diri mereka dihargai tanpa ada perbezaan. Indahnya menjadi ayah dan ibu!
Apa yang aku noticed.. mak ayah kena make sure ilmu juga ada pada diri mereka. Menjadi ibubapa bukanlah semudah yang disangka. Mengucapkan Aku Terima Nikahnya dan mendengar ucapan itu, amanah di bahu sedang menunggu untuk dipersoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. MasyaAllah..
Aku noticed lagi anak ni.. kalau dia tau lebih daripada kita tau, dia akan suka. Tambah pulak kalau kita puji mereka. Itu satu pemangkin untuk dia lebih banyak membaca dan mencari ilmu. Indahnya naluri yang Allah berikan kepada insan bernama kanak-kanak. Cumanya biarlah yang dia tahu dan kita tak tau tu lebih sedikit daripada yang kita tau dan dia tak tau.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment