"Sabda Rasulullah saw : Berbuat baiklah kepada semua makhluk yang hidup, nescaya ada ganjaran baginya."
(Sahih Al-Bukhari : 2190; Sahih Muslim : 4162)
(Sahih Al-Bukhari : 2190; Sahih Muslim : 4162)
========================================================
Since puasa bebaru ni kami carpool ke office. Lepas hantar Adik Najwa ke Az-Zahrah, hantar Abang Naim ke sekolah. Pastu baru hubby hantar aku. Al-maklumlah ofis aku dan sekolah Abang Naim dekat je ;-)
Setiap hari Ayah akan hantar Naim sampai ke gate sekolah. Aku tak boleh follow. Kalau aku follow mau aku hantar sampai depan kelas. Tu tak termasuk lagi cium pipi, cium dahi, peluk, gentel telinga, pesan itu ini. Hahah. So aku cuma tengok dari dalam keta.
Tadi aku tengok tangan Naim pegang botol air yang dia letak kat tempat letak air tepi beg tu masa naik tangga dekat gate. Maksudnya tangan dia tampung botol air kat tepi beg. Baru aku teringat.. hari tu aku pernah tanya Naim pasal tempat isi air yang koyak tu. Tanya dan aku tak panjangkan isu tu sebab Naim kata ok lagi beg tu. Itu pun coincidence aku ternampak. Naim tak bagitau.
Teringat aku zaman aku sekolah rendah. Beg sekolah aku tu daripada darjah 1 sampai darjah 4 aku pakai. Berganti baru sebab Mak nampak dah koyak yang aku stepler, pastu aku tampal lak ngan selotep. (Aku ni semua nak stepler. Jangan tak percaya, baju kurung pun aku pernah stepler - bukan pernah tapi banyak kali. Kahkahkah). Aku tak bagitau Mak mahupun arwah Ayah beg aku koyak. Ok je rasanya pakai beg tu. Boleh lagi isi buku. Koyak tu small matter je.
Teringat aku Kak Long pun pernah mention kasut sekolah Huda yang dah tak muat. Itupun Huda tak bagitau. Coincidence jugak Kak Long dapat tau.
Maybe mak ayah terlalu busy sampai terlepas pandang yang tu. Tapi Kak Long tu logikla, doktor. On call, tak termasuk lagi meeting hari Ahad. Gulp! Aku ni?
Atau maybe.. banyak kemungkinan yang tak tersenarai kat sini..
Terdetik jugak kat pikiran aku.. maybe jugak aku selalu bagitau anak-anak. Ramai lagi orang susah daripada kita. Rumah takde, kereta takde, makan sehari sekali pun belum tentu, hidupnya susah. Kita yang dapat semua yang kita nak ni kena sentiasa bersyukur. Selagi kita boleh pakai barang tu, kita pakai. Jangan membazir. Kena sentiasa hargai apa yang kita ada.
Kita ni Allah bagi makan pakai lebih daripada cukup, rumah ada, kereta ada boleh naik nak ke mana-mana, banyak sangat kesenangan Allah bagi pada kita. Anak-anak.. kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada..
Dan prinsip kami, bukan semua barang yang diingini boleh dapat sekelip mata. Ada sesetengah perkara kita perlu bersabar dan usaha untuk mendapatkannya. Perkara yang pasti boleh dapat jika diminta ialah makan dan pelajaran. Makan pun jangan melampaui batas. Kemewahan lain perlu ditapis. Bila kita susah nak dapat sesuatu, baru kita akan menghargai benda tu.
Mungkin kerana itu Naim jadi anak yang tidak suka meminta.
Tapi memang ya. Dalam keta aku sembang ngan husband aku pasal Naim. Sampai kat ofis tadi lama aku duduk termenung. Tersedar pun bila pintu bilik aku diketuk.
Analyse. Cuba flashback apa yang Naim pernah minta. Takde.
Sedari kecik Naim tak mintak apa-apa. Kalau pegi shopping complex kami bawak dia ke toys section. Masa kecik dulu (zaman-zaman dia suka Power Rangers, Ultraman dan segala macam robot) Naim tak pernah mintak beli. Dia cuma akan berdiri dekat mainan tu. Pegang sana, pegang sini. Kalau ajak balik, dia ikut je walaupun aku tau hati dia nak. Tapi kalau kami beli, tersipu-sipu malunya. Senyumnya sampai ke telinga. Terima kasih Mama. Terima kasih Ayah. Berulang kali ucapan tu disampaikan.
Anak yang tak pandai meminta-minta. Apa yang diberikan, diterima. Takde complaint. Anak yang cukup susah hati kalau aku tak sihat. Itu anak aku. Naim bin Salman.
Syukur aku padaMu Ya Allah.. jadikanlah Naim bin Salman anak yang soleh Ya Allah. Perjalanannya masih terlalu jauh Ya Allah. Pimpinlah kami ke jalanMu. Tanpa ihsanMu tak mampu untuk aku mendidik amanahMu ini..
No comments:
Post a Comment