"Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kita senang dan perisai di waktu kita susah."
=========================================================
Semalam aku jumpa Nana di satu majlis perkahwinan. Nana yang kukenali sentiasa ceria. Adorable oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya.
Sebelum balik, sekali lagi kami bertemu mata. Kami bersalaman dan berpelukan tanda ukhwah. Lama Nana menggenggam tanganku sewaktu kami bersalaman seakan ada sesuatu yang ingin dikhabarkan. Dan.. memang benar.
Nana akan menunaikan ibadah haji bersama suami tanggal 23 Oktober 2011. Katanya lagi, jika ada yang ingin dipesan bolehlah dikhabarkan.
Aku speechless. Terlalu gembira. Gembira untuk seorang insan yang bernama sahabat.
"Nana.. sampaikan salamku pada Baginda Rasulullah. Tangan Nana makin kugenggam erat. Doakanku sempat jua ke sana menjadi tetamuNya. Hanya itu yang kupinta."
Dan aku merangkul Nana sekali lagi. Dia jua begitu. Airmata kami berlinangan. Tiada ungkapan. Hanya airmata menceritakan segalanya.
Jarang sekali aku menitiskan airmata di khalayak ramai. Tapi kali ini aku kalah.
Aku tumpang gembira Nana sahabatku bakal menjadi tetamuNya. Aku sangat hiba. Rindu aku untuk ke sana tetapi masih belum tiba masanya.
Ya Allah.. aku jua ingin menjadi tetamuMu. Izinkan aku Ya Allah. Tiada lagi yang kuimpikan selain untuk menjadi tetamuMu..
4 comments:
bestnya..
norul,
nana ni aza azlina ke?
Dear doa yang tak henti moga kita jua dijemput olehNYa
dear friends,
insyaAllah. sama2 kita berdoa yang terbaik.
Post a Comment