Monday, August 08, 2011

persiapan menyambut Syawal

"Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat."

(Al-Mujadalah : 11)

==========================================================

Aku suka dengar ceramah agama dari
Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Banyak sungguh ilmu di dada beliau. Camtu jugak dengan Ustaz Azhar, Ustaz Wan Sohor, Ustaz Mohamad Zawawi dan lagi sorang Ustaz Syed Norhisyam.

Ustaz Syed ni muda lagi, classmate adik aku. Maknanya dia muda dua tahun daripada aku. Kata adik aku, datuk dia memang orang alim. Alhamdulillah diwarisi cucunya. Alhamdulillah. Untung ibu yang mengandungkannya.

Bila aku perati balik rupanya mereka ni daripada kelahiran yang sama. Tapi.. bukan aku suka sebab mereka ni sume orang Terengganu. Dok.. takdok kena-mengena dengang kenegeriang pong. Kebetulang je. Uish.. dang-dang tu tukor slang. Heheh.. nok buat guane. Saya memang orang Teganu ;-)

Aku suka mereka kerana ilmu mereka. Bukan sebab lain. Bila ilmu mereka di dada, bukan di kitab, memang aku admire. Banyak sungguh memberi manfaat.


Kata Ustaz Syed hari tu, persiapan raya perlu dibuat sebelum menyambut Ramadhan kerana di bulan Ramadhan tugas kita ialah fokuskan kepada amal ibadah di bulan yang berlipatganda pahalanya.

Maka, sama-samalah kita mengejar pahala yang hanya datang sekali setahun ini. Kita cuba yang terbaik selama diberi peluang untuk melakukannya kerana tiada siapa dapat menjanjikan peluang tersebut dapat dinikmati lagi di tahun hadapan.

Ramadhan Kareem.. jika tidak dapat dilakukan kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya..

1 comment:

Noorz said...

Dear;

Pernah dengar cam mana ustaz tuhh dapat calon isteri dia..I like him too....