"Sekiranya manusia mengetahui kebaikan-kebaikan yang terdapat di bulan Ramadhan, tentu mereka mengharapkan agar seluruh bulan adalah bulan Ramadhan."
(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah)
(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah)
==========================================================
Ramadhan datang lagi.
Syukur alhamdulillah. Aku masih berkesempatan untuk bertemu dengannya. Alhamdulillah..
Seronok sangat sambut Ramadhan kali ni. Alhamdulillah. Cam biasa 1 Ramadhan aku bercuti rehat. Untuk mengecapi, merasai kenikmatan dan kehadiran bulan yang mulia ini. Sambutannya cukup bermakna buat diriku. Sambutan ini lebih bermakna daripada sambutan 1 Syawal. Sungguh kerinduan aku terlerai dengan kedatanganmu Ramadhan..
Dalam pada kegembiraan, keseronokan menyambut Ramadhan, dugaan pasti datang. Banyakkan bersabar. Itulah antara lain maksud Ramadhan..
Semoga Ramadhan kali ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaanNya. Yang paling mahal.. semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan Lailatul QadarNya. Hanya itu impian setiap hambaMu.
Amin.
No comments:
Post a Comment