"Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah hendaklah dia mengamati kedudukan Allah dalam dirinya. Sesungguhnya Allah menempatkan hambaNya dalam kedudukan sebagaimana dia menempatkan Allah pada dirinya."
(Hadis riwayat Al Hakim)
(Hadis riwayat Al Hakim)
==========================================================
Aku ada baca blog Dr. Harlina. Suka.
Aku suka pada prinsip hidup yang dipaparkan. Perjuangan yang ditonjolkan. Melihat suasana ukhwah di antara mereka, aku rasa seronok. Bila baca blog begitu, sering aku merasakan.. inilah diri aku sebenarnya. Inilah kecenderungan aku. Aku mencari suasana begitu. Aku suka suasana begitu.
Kak Long pernah kata, semakin kita mendalami bidang perubatan, semakin dekat kita denganNya. Melihat betapa agungnya ciptaan Allah, kita merasakan diri makin kerdil. Tapi semua tu bagi orang yang berfikir.
Bila baca penulisan dia, aku terasa seakan bercakap dengan Kak Long. Cara mereka hampir sama. Tinggi motivasi - kental - tenang - berfikiran positif - menjaga penampilan sebagai seorang wanita Islam - melakukan sesuatu hanya kerana Allah - berbakti untuk agama, bangsa & negara.
Terbit di hati untuk aku bertanya pada Kak Long. Kata Kak Long, Kak Har (panggilan Kak Long kepada Dr. Harlina) tu senior dia. Beza dalam 7 tahun lebih kurang. Dia memang bagus. Very Islamic. Hidup sentiasa berjuang untuk agama. Kerjanya ikhlas. Nawaitu Lillahi Taala.
Alangkah bahagianya beroleh sahabat seperti itu. Saling nasihat-menasihati. Bersahabat dengan penjual air wangi, kita tetap bau wangi walaupun kita tak memakainya. Tetapi jika bersahabat dengan tukang besi, bau asap dan peluhnya tetap melekat pada kita walau bukan kita yang menjadi pembuat besi tersebut.
Aku tanya jugak pasal Dr. Muhaya. Sebab aku pun pernah baca blog Dr. Muhaya. Kata Kak Long Dr. Muhaya tu much much senior. Dia lecturer Kak Long masa first degree dulu.
Haluan mereka jua sama. Tidak hairanlah munculnya rancangan Dari Mata ke Hati.
Ada lagi sorang kawan Kak Long, ketua jabatan/pakar perunding ENT kat HUKM.. pun islamic. Appoinment allergic rhinitis Naim tu ngan dialah kami jumpa. Orangnya very humble, buat aku rasa malu dengan sikap aku yang tak sesopan dia. She's a nice person. Sentiasa ada pendekatan Islam bila berkata-kata. Warak. Aku jadi segan bila berurusan dengan insan sebegitu. Jauh benar rasanya jurang antara aku dan dia.
Dan kebanyakan kawan-kawan Kak Long, lebih kurang gitu. Sehaluan. Betullah kata orang. Nak nengok bagaimana diri kita, lihatlah pada insan di sekeliling kita.
Alangkah indahnya punya sahabat yang sentiasa bermujahadah di jalan Allah.
Aku impikan suasana begitu.
Aku admire orang-orang begini. Aku nak jadi camtu. Hidup terus berjuang dan berjuang kerana Allah. Moga Allah memberi kekuatan kepadaku. Moga Allah memberi peluang kepadaku. Moga suatu hari nanti tercapai hajatku itu. Amin.
Semua takkan berlaku tanpa izinMu.
No comments:
Post a Comment