Friday, July 29, 2011

the future is built on dreams

"Kerana itu, ingatlah kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku."

(Al-Baqarah : 151)

========================================================

Malam tadi Malaysia seri ngan Singapura tapi agregat kita kalah.

Ada yang kata nasib baik Khairul Fahmi yang jadi keeper. Kalau Sharbinee mau lagi teruk kita kena belasah.

Ada jugak yang memang tak puashati dengan player kita. Main macam main-main (dah nama pun main kan. heheh)

Bagi aku, permainan pada separuh masa pertama dilihat kurang menyengat. Harus di kassi sengaaaattttttt !! Pemain seakan kepenatan. Tapi keadaan baik lepas tu. Sedikit sebanyak Khairul Fahmi bijak dalam memastikan bola tidak melepasi gawang.

Pengulas sukan wanita yang tak bertauliah dah memulakan ulasan.

Bila dah banyak Khairul Fahmi menyelamatkan bola, ramai yang mengutuk Sharbinee. Sudahla tu kawan. Tidak perlu membandingkan Khairul Fahmi dengan Sharbinee. Jika anda sendiri tidak dapat beraksi lebih baik daripada pemain di atas padang tu, janganlah mengutuk. Cer dok atas padang tu tengok..

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Jangan hanya kesilapan sekali kita terus menghukumnya. Manusia kadangkala bijak untuk menghukum tetapi seringkali tidak bijak untuk mengadili.

Apa pun yang best aku nengok Safee ngan Amirul Hadi buat lipat gunting. Serentak. Naim impressed giler nengok dua orang tu. Bape kali dok ulas kat aku. Kalah pengulas sukan wanita nih. Kihkihkih. Dia dah suka betul ngan dua-dua player tu. Punyala bersorak bila Safee sumbat gol. Sebbaaeeekkkk tak kata I love u Safee. Kihkihkih.

Hangin Naim bila player Singapura siku Amirul. "Apa pengadil ni tak bagi kad merah kat Singapura? Jahat dia tu Mama. Tadi Amirul kena siku. Amirul ludah keluar darah. Sakit tuh Mama..", Naim bagi laporan kat aku sebab aku miss tang tu. Gilir-gilir kami sembahyang Isya' ;-)

Naim memang tak puashati nengok player Singapore score goal sambil buat aksi berjalan ke belakang. "Eh eh eh.. tengok tu Mama.. jatuh nanti baru padan muka", dah ada bunga-bunga patriotik kat situ ;-)

Itu yang aku nak! Bangga menjadi anak Malaysia dan perjuangan untuk Malaysia. Semoga semangat ini dibawa hingga dewasa kelak.

Best jugak nengok Safee tepuk keeper Singapura-pura, hangin bila asikla nak tergolek melambat-lambatkan masa. Bukan keeper je melambatkan masa. Player Singapooorah ni asikla nak tergolek. Ish.. ni dah masuk part emo nih. Harus dihindar.

Walau apa keadaan sekalipun, aku tetap berbangga dengan player Malaysia. Tak kira Khairul Fahmi, tak kira Sharbinee, tak kira Safee, tak kira Amirul Hadi, tak kira siapa. Mereka berjuang untuk Malaysia. Janganlah asik kutuk player kita. Lagipun itu je la pun pemain yang kita ada. Mungkin latihan atau strategi yang masih belum mantap. Semangat sahaja tidak memadai. Selain daripada latihan dan strategi, harus disertai dengan keyakinan kepadaNya. Tunaikan yang sepatutnya. The rest we leave to Allah.

Kita perlu belajar daripada kesilapan. Dan perlu berusaha untuk memperbaiki kesilapan. Kata Optimus Prime..
The future is built on dreams. Hang on to them.

4 comments:

Munajah Cinta said...

saya suka ulasan bola sepak versi pengulas wanita ini. lemah lembut dan berhemah. saya yang tak tengok bola pun paham apa yg cuba disampaikan oleh pengulas ;)

Kamilah Adnan said...

10 markah puan pengulas...next time ulas lg ek...

cahaya petunjuk said...

munajah cinta,
pengulas ni masih amatur. perlu digilap lagi. kehkehkeh..

milah,
takkan 10 markah je kot..heheh..

salman ® said...

rasa magik betul bila puan hidayah ni mengulas bola.....rasa dulu suka tgk cerekarama je..eheheh