Thursday, August 04, 2011

indahnya Islam

"Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(Riwayat Muslim)

==========================================================

Selasa baru ni aku gi dengar ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah feveret Kak Long, YBhg. Dato' Hj. Kamaruddin bin Hj. Zakaria, bekas Imam Masjid Negara. Ceramah kali ni membawa tajuk Ramadhan Kembali Lagi.

Ceramah beliau sentiasa best. Aku memang suka. Taroh lagi la. Heheh. Cuma ruginya aku tak dapat datang on time. Huhu..

Antara intipati dia..

1) Bulan Ramadhan merupakan bulan rahmat, bulan maghfirah (keampunan), bulan mencipta kesihatan dan bulan dibuka pintu langit.

2) Sebagai hamba Allah, kita diwajibkan sembahyang 5 waktu. 5 waktu itu membawa pengertian yang cukup tinggi dan bermakna. 5 waktu yang dikerjakan dengan khusyu' dapat dilihat dari penampilan, perlakuan, percakapan dan segala macam cara. 5 waktu yang dikerjakan dengan khusyu' juga merupakan kekuatan dalaman yang tidak terjejas walau apa ancaman serta dugaan yang datang. Tetapi andaikata 1 daripada 5 waktu itu ditinggalkan, maka tiada lagi kekuatan dalaman tersebut. Tiada lagi penampilan yang baik. Tiada lagi perlakuan yang baik. Tiada lagi percakapan yang baik.

Analogi : Lampu suluh yang punya 5 bateri. Lampu suluh yang menyala hanya dilihat dari luaran. Hanya sebuah lampu suluh sedangkan yang menyalakan lampu tersebut ialah bateri yang 5 itu. Keindahan dan kecantikan alam sekeliling yang disuluh oleh lampu suluh hanya berfungsi sekiranya ada 5 bateri di dalamnya. Andai hilang satu bateri maka tidak bernyala lagi lampu suluh itu. Tiada lagi keindahan dan kecantikan alam sekeliling. Itulah solah 5 waktu!

3) Peri pentingnya mengaji Al-Qur'an di bulan yang mulia ini. Selain dilipatgandakan pahala, pergerakan mulut ketika melakukan bacaan sebenarnya merupakan tips awet muda! Pembacaan yang betul makhraj dan tajwidnya pula mendorong kita untuk menarik dan menghela nafas dengan baik. Bukankah itu senaman untuk paru-paru kita? Subhanallah.. indahnya Islam!

4) Doa orang yang berpuasa akan diterima Allah. Doa ini terangkum di antara selepas berbuka sehingga sahur. Tetapi kita sering lalai dalam memohon doa kepadaNya..

Subhanallah.. Pemurahnya Allah itu. Tetapi andaikata doa masih tidak dimakbulkan, bukan bermakna ia tidak diterima Allah. Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita. Ada doa yang dimakbulkan serta merta, ada yang KIV dan ada yang ditunaikan di akhirat kelak. Janganlah bersedih dan bersusah hati kerana Allah itu Maha Adil. Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Yakin padaNya, syurga menanti kita.


Doa yang penting ialah doa mohon dipanjangkan umur dalam mentaati perintah Allah dan doa mohon dimurahkan rezeki. Tetapi harus diiingat, janganlah hanya berdoa untuk diri sendiri. Berdoalah untuk orang lain sama. Berdoa untuk pasangan, anak-anak, ibubapa, keluarga dan umat Islam amnya. Kerana doa rangkuman jemaah itu menandakan betapa bersungguhnya kita berdoa. Menandakan adanya kasih sayang kita di antara umat Islam. Yang penting, ikhlaskan diri semasa berdoa.

Antara persoalan yang timbul ialah perbezaan fitnah hidup dan fitnah mati.

Fitnah mati ialah kesakitan menghadapi sakaratul maut. MasyaAllah.. takut sungguh aku mendengarnya..

Fitnah hidup ialah kehidupan yang tidak berkat. Kekayaan yang dikecapi tidak semestinya berkat. Walaupun tidak punya wang berjuta tetapi hati sentiasa tenang, hati sentiasa mengingati Allah, mendambakan untuk bertemu denganNya, merindui kasih sayangNya, itulah yang dinamakan berkat! Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakkan fitnah hidup? Kuncinya hanya ada 2 kata Ustaz:

1) Menjaga hubungan silaturrahim.
2) Makanlah makanan yang halalan toyyiba (halal lagi baik).

Dan paling mahal di bulan yang mulia ini ialah.. malam Lailatul Qadar. Malam di mana pintu langit dibuka dan doa dimakbulkan. Tetapi hanya yang terpilih sahaja yang akan berpeluang untuk bertemu dengannya.

Subhanallah.. sama-samalah kita betulkan balik niat dalam setiap perbuatan kita, betulkan sikap, penampilan, tinggalkanlah yang dilarang dan lakukanlah yang dituntut. Berdoa moga dimurahkan rezeki untuk bertemu malam tersebut kerana manfaatnya sangat besar. Semoga kita semua diberi peluang untuk bertemu dengan malam tersebut. Amin.

2 comments:

Wawa said...

terimakasih for sharing...
rugi tak dapat datang..hajat hati dh sampai ke majlis tu, apakan daya hajat tak sampai.:-(

cahaya petunjuk said...

aineena,
takpe, insyaAllah ada rezeki di lain masa nanti. masa yang ada kita sama-sama mencari untuk bekalan ke sana.