Saturday, July 23, 2011

hiburan

"...Islam tidak pernah menolak hiburan. Manusia dibenarkan untuk berhibur dengan kadar yang tidak melanggar syariat. Jiwa manusia memerlukan masa berhibur agar tidak menjadi jiwa yang keras dan mati. Saya sendiri, dengan melihat tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan buah-buahan menjadi hiburan kepada saya. Sesetengah individu berhibur dengan bersukan, menyanyi dan sebagainya..."

(Cerdik pandai Islam)

==========================================================

Zaman sekolah dulu pantang ada pertandingan bercerita, aku antara murid yang ada kat stage. Pantang ada nyanyian, aku jua yang naik pentas. Aku sorang je gitu dalam adik-beradik aku. Empat yang lain memang low profile. Nama naik pun kerana akademik bukannya glamer cara begitu. Kehkehkeh.

Err.. rasanya sifat aku ni dapat kat Najwa. Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasik kan? Heheh. (Tapi anak aku makan kekadang kuah tumpah ke meja makan jugak..)


Masa aku kecik dulu dalam paper Pancaindera tu ada lirik lagu setiap minggu. Lirik lagu tu aku akan potong dan tampal dalam buku yang memang aku khaskan untuk lirik lagu. Siap ada 2 buah buku tuh. Punyala into dengan lagu-lagu nih. Sekali.. arwah Ayah jumpa.. terus buku tu kena bakor. Dan aku kena ceramah.

Memang banyak lagu zaman aku yang aku hafal. Ada sekali tu aku tak sengaja nengok Jangan Lupa Lirik, wah.. aku boleh folo lagu yang dia nyanyi (dalam hati je la. Malu wehh nak nyanyi depan suami aku). Provided lagu tu mesti season aku - 80an hingga pertengahan 90an.

Husband aku siap wow! lagi kat aku bila nengok aku ingat lirik lagu. Tak perlu wow! Aku memang suka nyanyi. Sib baik tak jadi penyanyi jer. Kihkihkih.

Dalam hardisk aku ni setambun lagu. Baik melayu, omputeh, indon, OST, tapi tak lupa jua bacaan ayat-ayat Al-Qur'an dan nasyid. Sama rata orang kabo.

Tapi walaupun aku suka menyanyi, aku tak pernah berkaraoke. Tak sampai la tahap tu. Aku membawa nama Mak, arwah Ayah, suami dan title wanita Islam utuh aku pegang. Aku naik stage nyanyi (baca : lagu budak-budak je tau - bukan lagu cintan) tu masa sekolah rendah je. Once dah masuk skolah menengah, dah pakai tudung, sume tu dah takde lagi. Suara wanita tu aurat..

Kalau aku je dalam keta memang aku sentiasa on radio. Ada anak-anak radio memang off. Bila on je, dengar pulak lagu-lagu yang mengimbau kenangan aku di zaman kecik (zaman aku simpan lirik lagu. hahah), memang layan blues la. Tu antara sebab aku suka dengar sinar.fm. Banyak lagu yang mengembalikan aku ke zaman kanak-kanak. Dan aku akan layan blues. Hanya orang yang betul-betul mengenali aku je tau kesukaan aku tu. Bukankah begitu Eena? Hahah.

Camtu jugak kalau ngadap notebook. Notebook aku takkan senyap sunyi gitu.

Layan blues dan hiburan ni memang seronok. Tapi keseronokan tu tak bawak ke mana. Bila terlebih dengar aku akan rasa lain macam. Lain macam itu ialah.. lama-kelamaan jiwa aku akan terasa kosong. Hanyut. Tak taula orang lain tapi bagi aku gitulah.

Serius. Tapi ni solely pandangan aku. Orang lain punya pendapat berbeza.

Walaupun sekali je aku nengok Jangan Lupa Lirik, memang aku rasa lain lepas tu. Lain. Dan aku taknak lagi nengok rancangan tu.

Jadi memandangkan aku memang suka kepada bunyi-bunyian, dan ada sesetengah bunyian ni boleh melalaikan dan membuat jiwa aku kosong, aku memilih untuk mendengar nasyid. Sekali-sekala tuned pada ayat-ayat suci Al-Qur'an. Memang terasa jiwa terisi. Serius. La ni aku dok asik dengar 4 nasyid ni.

1) Taubat seorang hamba
2) Doa taubat
3) Mohon padaNya sujud padaNya : Al-Jawaher, nasyid tahun 70an-80an ni
4) Solla'alaikallah (mengembalikan kenangan waktu aku kecik-kecik dulu - nasyid ni arwah Ayah selalu pasang bila dalam keta)

Kekadang mau menitik jugak airmata dengar nasyid ni.

Alhamdulillah. Aku dikurniakan suami yang sekufu, yang berjaya mendidik aku sama. Talibesen kat rumah aku tu memang gelap je la kalau ada rancangan hiburan. Anak-anak aku pun tak minat benda tu sume. Kain putih ni tercorak dengan corakan kita kan?

Keluarga suami aku pun gitu. Syukur. Kami sekufu.

Kata Kak Long itu bonus daripada Allah. Ingat sentiasa pesan arwah Ayah, bukan harta yang kita kejar. Iman dulu yang kita pandang. Iman dulu yang kita cari. Dengan iman itulah kita bina keluarga. Sesungguhnya Allah amat menyayangi aku.

Syukran Ya Allah.. semua ini takkan berlaku tanpa izinMu.

4 comments:

Munajah Cinta said...

hehehehe...:))
saya senyumm panjangggg tatkala membaca this entry :))

cahaya petunjuk said...

hehehe. u know me my dear ;-)

Munajah Cinta said...

ingat tak tarian lilin dulu dear?..hahaha..

cahaya petunjuk said...

hahah. ingat. tak pernah lupa. hahaha..