"Wang dan harta kekayaan adalah bentuk ujian yang terbesar, terutamanya bagi manusia-manusia yang lemah iman. Wang dan harta banyak melahirkan tindakan aniaya dan permusuhan."
(Kisah Cinta Di Dalam Al-Qur'an)
(Kisah Cinta Di Dalam Al-Qur'an)
==========================================================
Masa kecik dulu kami adik beradik suka meratah milo. Bukan makan serbuk milo gitu. Abang aku la ni punya idea. Abang aku ni memang suka je invent benda-benda baru. Keropok lekor pun ada cara makan yang dia invent ;-)
Citer balik pasal milo tadi. Cara kami makan mudah je. Scoop milo dalam 5-6 sudu kecik. Letak dalam mug. Campur air masak skit. Skit je. Jangan sampai milo tu jadi air milo. Air masak tu cuma sekadar bagi milo keras sket. Kalau gentel-gentel rupa dia ala-ala t**k kambing. Serius. Dahla kaler pun gitu. Hahah. Pastu letak dalam peti ais. Agak-agak dah keras tu leh la makan. Wahhhhh.. memang sedap walaupun rupanya ada ala-ala dot dot dot. Padulik paras rupa.. janji sedap ;-)
Coklat semulajadi. Seminggu tu boleh kata 4-5 kali kami makan gitu. Tak taula bape tin milo mak ayah beli tetiap bulan. Anak-anak. Gitulah. Mana tau belanja mak ayah. Janji sedap, sume makan. Mak ayah pulak selagi makanan tu halal, apa sahaja anak nak boleh janji tak melampaui batas.
Sayangnya mak ngan ayah pada anak-anaknya.
Last 2 weeks pulak aku makan brownies yang opisment bagi. MasyaAllah.. sedapppppnyaaaaaaaaa!!! Rasa dia ala-ala milo keras ciptaan abang aku. Terasa seperti kembali ke 25 tahun yang lampau. Kalau dalam tv gaya orang tutup mata pastu macam duduk alam lain. Ha.. gitulah aku rasa.
Kata opisment aku, ada orang bagi kat dia. Jenuh aku tanya opismet aku. Mintak tolong dia tanya resepi brownies tu. Masalahnya.. budak laki ni (opismet aku tadi tu) pon tak tau sape yang bagi kat dia. Wah.. hadiah daripada secret admire. Dasat. Cam drama dalam tv je ada orang minat-minat nih. Blushing dia bila aku ngan bos aku dok cucuk-cucuk dia. Kitorang sebok dok investigate dia tapi takde hasil lagi setakat nih. Pencarian tetap akan diteruskan. Hahah.
Aku rasa brownies tu lebih sedap daripada brownies Secret Recipe. Tapi tu taste aku la. Orang lain tak sure la pulak.
Memang heaven.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya Lagi Maha Penyayang. Dua hari lepas opismet aku bagitau mana nak dapat brownies tu. Tanpa berlengah lagi terusssss aku oda kat sini. Puas hati aku.
Bawak balik umah kejap je abis, Naim asik dok ulang makan je. Naim ni memang suka coklat. Sampaikan bawak bekal pegi skolah brownies tu. Aku pun tak sampai hati nak makan nengok anak aku punya suka makan.
Takpe. Aku nak oda lagi. Boleh bawak balik kampung raya nanti. Pastu nak try oda macarons pulak lepas raya nanti. Tapi memang brownies ni meet my specs. Alhamdulillah.
2 comments:
macarons tuhhh neighbour buat siap dok promote kat fbnya..Tapi tak de sampai kat umah la plak :-D
heheh. dia nak soh beli tu ;-)
Post a Comment