Thursday, July 21, 2011

tidak mahu kelihatan tua?

Andainya kau mengerti - Bersyukurlah - Kerana hidup ini sekelip mata - Berubahlah semuanya seperti kehendakNya - Cuma amalan soleh melindungimu

==========================================================

Mahu tidak mahu, suka atau tidak, umur kita berganjak ke hadapan. Bukan ke belakang. Kata orang tua-tua, tanduk lembu tu di hadapan. Maka bilakala umur makin berganjak, sudah pasti fizikal jua akan mengalami perubahan.

Tu baru intro.

Kali ni aku nak menulis tips melambatkan pertumbuhan uban. Ni susulan daripada melihat rambut Mak aku yang memang lambat naik uban. Wah.. memang lambat sungguh. La ni pun kalau ikutkan usia dia tu, uban dah banyak. Maybe dah hampir penuh tapi tidak bagi Mak aku.

Ada makan ubat? Vitamin? Oh.. no.. no.. no..

Maka usahalah aku dapatkan tips daripada Mak. Berikut merupakan tips tersebut:

1) Elakkan meminum minuman sejuk atau berais. Amalkan meminum air suam atau panas.
2) Amalkan mandi dengan membasuh rambut setiap pagi (sesetengah orang perempuan hanya membasuh rambut seminggu sekali). Basuh rambut (mandi) dengan air sejuk bukan air suam (water heater).
3) Amalkan mandi di waktu pagi bukan tengahari - dalam ertikata lain mandi tatkala bangun sembahyang Subuh.
4) Dan yang terakhir.. bijak menguruskan stress.

Pastu ada pulak yang bertanya.. cemana pulak nak menangani stress? Tiga yang awal tu cam boleh follow tapi yang last tu susah laks. Tuntutan kehidupan zaman skarang ni manjang nak stress.

Oh.. jangan begitu. Mudah sahaja tangani stress ni.. ingat Allah sentiasa. Allah sentiasa bersama hambaNya yang mengingatiNya.

Sesekali Allah takkan menguji hambaNya dengan sia-sia. Kesusahan yang kita hadapi sekarang ialah harga kepada kesenangan yang bakal kita hadapi di hari muka. Allah won't give you a butterfly straight away, but Allah will give you a caterpillar first. Kenapa? Untuk memberi pahala kepada kita di atas kesabaran kita menghadapi situasi tersebut. Kesabaran disertai usaha dan tawakkal kepadaNya akan membuahkan kejayaan. Gitulah perumpamaannya.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Mungkin untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya. Supaya kita lebih rapat kepadaNya. Mungkin juga sebagai kifarah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan secara sedar atau tidak. Muhasabah diri sentiasa. Itu kunci utama.

Bila bercakap pasal muhasabah.. aku kongsi antara pesan Mak kat aku (ni takde berkaitan dengan uban). Niatkan setiap perbuatan yang kita lakukan tu Lillahi Taala. Ada pulak yang bertanya.. cemana kalau perbuatan tu tak baik? Takkan nak niat Lillahi Taala jugak? Jawapannya mudah. Jangan buat perbuatan tak baik tu. Itulah cara kita membataskan diri kita sekaligus berusaha untuk disayangiNya, berusaha untuk mendapatkan catatan amalan dengan tangan kanan dan seterusnya berusaha untuk mendapatkan syurgaNya. MasyaAllah. Kasih sayang Allah ni rahmat yang sangat besar. Hanya yang merasainya sahaja yang tahu betapa nikmat dan bahagianya kehidupan yang dikecapi apabila mendapat rahmat dariNya. Tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata rahmat itu.

Kata Mak lagi, seringkali niatkan pahala kebaikan yang kita dapat (insyaAllah) tu kepada arwah keluarga atau orang yang kita sayangi. Mohon diselamatkan mereka daripada azab kubur.

Tulah antara pesan Mak.

Sambung balik citer stress.

Afteral
kehidupan ini hanya sementara. Kita hidup ni dunia hanyalah satu persinggahan. Satu hari kita akan kembali kepadaNya dengan membawa bekal amalan yang telah kita kerjakan di dunia. Hidup terlalu singkat untuk kita bersedih, marah, kecewa, stress dan sebagainya. Enjoy your life. Yang penting, ingat Allah sentiasa. Ingat akan kasih sayangNya yang tak pernah bertepi. Lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

Stress sebesar dunia sekalipun akan lebur umpama ais yang dicairkan di atas api apabila kita mengingatiNya. Cheer up!

2 comments:

Angkel Rul said...

rambut saya dah beruban sejak tingkatan 3 lagi.. huuu.. macam2 petua dah pakai.. org kata sebab minyak rambut/syampu.. tapi masa tu saya rambut belah tepi, mana ada pakai syampu/minyak rambut semua tu.. last2, biarkan je.. sekali2 bubuh inai.. kalau tak tu, feeling2 kata richard gere je lah.. ahahahah!

cahaya petunjuk said...

uban sejak tingkatan 3 tak tersenarai dalam tips ni. harus en sgarul ke yun nam sahaja.