Sunday, July 24, 2011

bikin jantung wa kencang

Aku bukanlah seorang perwira - Gagah menghunus senjata - Namun hati rela berjuang - Walau dengan cara sendiri - Demi cinta ini

(Warisan : Allahyarham Sudirman Hj. Arshad)

=========================================================

Aku dah kata. Aku bukan peminat bola. Kenapa penalti, apa offside, kenapa free kick dan segala mak nenek jargon bola. Apa pun aku tak tau.

Tapi dek kerana patriotik, aku nengok bola. Aku nengok Malaysia lawan Singapura malam tadi. Kalau EPL tu sori.. takde aku nak nengok. Tu husband aku je la ngadap talibesen. Malam tadi siap pegang bantal, berdebar-debar aku. Sungguh tak manis nengok bola bersama bantal.

Daripada tak kenal Mohd Safee Sali, aku dah kenal (player feveret Naim). Daripada tak kenal Mohd Safiq Rahim, aku dah kenal. Daripada tak kenal Mohd Sharbinee Allawee Ramli, aku dah kenal. Err.. bukan sebab dia anak kelahiran Terengganu tau ;-)

Tapi kerana depa ni main untuk Malaysia. Walau apa pun keadaannya, kalah atau menang, aku tetap sokong Malaysia, tanah tumpah darahku.



Sampaikan memula Saffee dikasari pihak lawan tu pun aku gerammmmm. Nanti mamat tu.. nanti dia.. tapi sukan ni takleh emosional. Biasalah tu. Kasar mengkasari. Mulut aku ni tak berenti selawat, mohon pertolongan Allah.

Sudahnya Malaysia 3 Singapura 5.

Takpe. Khamis ni depa main lagi. Husband aku pi stadium Khamis ni. Aku suka. Sebab dia pergi untuk Malaysia. Naim nak ikut tapi husband aku pegi dari opis pulak. Kalau weekend memang aku ok je Naim nak follow. Terapkan semangat patriotik ke dalam diri anak-anak. Anak-anak inilah pewaris bangsa.

Hidup adalah perjuangan. Perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara. Itu penting. Penting untuk aku terapkan pada anak-anak aku. Tak kira lelaki mahupun perempuan. Wah.. semangat ANSARA masih teguh dalam diri aku. Malaysia oh tanahairku!

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

2 comments:

Munajah Cinta said...

eh..lain macam semangat patriotik org pompuan nih bila tengok bola sepak ;)) U rock girl !!!

cahaya petunjuk said...

hikhikhik.

saya bangga menjadi anak Malaysia! ;-))