Thursday, June 30, 2011

terima kasih Allah

"Sabda Rasulullah saw dari Allah : Aku menyediakan bagi hambaKu yang soleh (syurga) yang tiada mata yang telah pernah melihatnya (tidak mampu tergambar), dan tidak pernah didengari (kenikmatannya) oleh telinga yang tidak mampu terlintas (tahap kenikmatannya) oleh hati manusia."

(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

=======================================================

Ahad lepas harijadi aku yang ke dot dot dot (lagi mau rahsia).

Terima kasih Allah kerana masih diberi peluang menyedut udara percuma dariMu.

Terima kasih Abang. Melayan isteri Abang yang banyak songeh ni ;-) Terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan dan segala pemberian yang tak tertulis di sini. I love you so much honey!

Terima kasih Mak.. pengorbanan Mak tak ternilai oleh anak Mak ini. Buat Ayah.. walaupun Ayah tiada lagi di sisi, tapi darah Ayah sentiasa mengalir di dalam diri anak Ayah ni. Semoga roh Ayah digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Terima kasih Naim Najwa putera puteri Mama. Tanpa kalian hidup Mama terlalu sunyi. Kalian berdualah nyawa Mama.

Terima kasih Kak Long, Abang Dan, Mi dan Yi. Tiada yang dapat mengganti kasih kalian kepadaku.

Terima kasih sahabatku, Eena. Cantik sangat handbag darimu itu. Sungguh memenuhi citarasaku yang memang sedang tercari-cari handbag barasaskan pastel colour. Dirimu memang memahami akan diriku! pssttt.. hari ni dah melaram dengan handbag baru ;-)

Terima kasih adikku, Saba. Kak Norul baru sahaja mengushar blouse kat butik tu. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. Digerakkan hatimu untuk membeli blouse kat situ. Subhanallah..

Terima kasih sahabat-sahabat di atas ingatan. Semoga kalian semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya.

Tapi dengan kehadiran ulangtahunku kali ini ketahuilah bahawa belum tentu aku mampu untuk bertemu dengan tarikh yang sama di tahun hadapan. Semoga Allah memberi peluang untukku sujud kepadaMu, berbakti kepada suami dan ibuku, menatap wajah-wajah insan yang kusayang dan membina ukhwah dengan insan di luar sana.

Subhanallah.. terima kasih Allah. Tanpa kasih sayang dariMu, semua tidak bermakna buatku..

1 comment:

Munajah Cinta said...

nothing compares to you :)