"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan."
(Al-Anbiya' : 47)
(Al-Anbiya' : 47)
==========================================================
Beberapa bulan lepas aku dapat menghubungi Z. Sudah tentu melalui laman sosial yang tersohor abad ini, FB. Hatiku berbunga kerana sahabat lama yang dicari-cari selama ini ditemui. Z jua begitu. Siap mengalir airmata kami dek kerana terlalu gembira diketemukan kembali. Perbualan diiringi hilai tawa mengenangkan nostalgia kami berdua. Sungguh manis.
Bila sudah berhubung melalui laman sosial, aneh sekali kulihat penampilan Z. Baik melalui gambar yang dimuat naik mahupun status serta komen yang diberikan. Tapi di sebalik penampilan tersebut dapat kulihat Z kini berjaya mengecapi sepertimana yang diingini. Secara lahir. Batin aku tak pasti.
Kami berceloteh panjang. Daripada cerita gembira beralih kepada cerita yang tidak gembira. Z menceritakan liku-liku hidupnya. Kesusahan yang dialaminya sebelum ini. Kisah hidupnya yang sangat sukar bersuamikan manusia yang tidak mengenal tikar sejadah. Z kemudian ditemukan dengan insan lain yang cuba menyelamatkan dirinya.
Ibarat keluar dari mulut harimau masuk ke mulut buaya, Z sekali lagi hidup di dalam keadaan yang sangat menekan jiwa. Punya 2 anak dengan suami pertama dan 2 anak bersama suami kedua, Z akhirnya menuntut fasakh di Pejabat Agama setelah tidak tahan menjadi punching bag suaminya.
"Aku cari kau masa tu. You are my shoulder to cry on. I really need you by my side. You are my only friend that I've trust. Tapi aku tak tau kau kat mana masa tu..", tersedu-sedan Z bercerita padaku. Simpati. Aku simpati pada Z, sahabat aku.
Dan aku terkilan. Aku tak berada di situ. Ketika Z memerlukan aku..
2 tahun kemudian Z ditemukan dengan seorang lelaki inggeris. Dan akhirnya mereka berkahwin.
Anak yang sulung kini berumur 13 tahun (awal giler Z ni kawin) dan yang paling kecil (anak bersama lelaki inggeris) kini berumur 5 tahun (budak ni memang comel).
Tapi this is the saddest part..
bersambung..
1 comment:
..what's happened next???
Post a Comment