Wednesday, June 29, 2011

bulan Allah

"Hati yang menggerakkan segala tindakan, hati yang sejahtera akan mendorong seluruh anggota melakukan kebaikan."

==========================================================

Setiap hari on the way balik rumah dari opis, aku akan on Radio Selangor - 100.9fm. Jam 6.15 petang akan ada rancangan agama untuk hari-hari tertentu. Kejap je slot ni. setengah jam je. Kalau hari Jumaat tu kisah rumahtangga. Hari-hari lain ada sirah nabawiyah, feqah, akhlak dan muamalah (yang ni lupa lak hari apa).

Kebetulan hari tu Ustaz bercakap pasal kelebihan bulan Rejab. Antara perkara penting yang lekat kat kepala aku ialah kisah Rasulullah dan sahabatnya. Satu hari Rasulullah dan sahabatnya berjalan dan melalui kawasan kubur. Rasulullah yang sebelum ini ceria tiba-tiba menangis. Lalu bertanyalah sahabat kepada Baginda, "Kenapa dirimu menangis ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "Aku menangis kerana mendengar penghuni kubur tadi disiksa. Alangkah baiknya kalau penghuni kubur itu berpuasa di bulan Rejab walaupun sehari."

Subhanallah.. begitu sekali pemurahnya dan sayangnya Allah kepada hambaNya.

Di antara rahmat Allah yang besar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat di samping fardhunya yang tertentu dan banyak berzikir bertasbih, berselawat membaca Al-Qur'an, mohon keampunan dan taubat ke atas dosa-dosa yang dilakukan, dan pada malamnya berjaga malam mengerjakan tahajjud, tasbih, dan sebagainya. Pada bulan Rejab inilah dilipatgandakan pahala, dilipatgandakan keampunan dosa, dengan mudah mendapat keampunan dan taubat dari Allah, diangkat darjat keimanan oleh Allah di dunia, dan diangkat darjat yang tinggi baginya di dalam syurga di akhirat.

Sungguh beruntung sekali bagi hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bukan Rejab ini berlumba-lumba memperbanyakkan amal ibadat dalam hidupnya. Sungguh satu rahmat Allah yang besar yang dianugerahkan kepada hambaNya dengan mendapat keredhaan yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan. Rahmat yang melepaskan kita dari azab neraka dan menempatkan kita ke dalam syurga.

Maha Suci Allah..sungguh pemurahnya dan sayangnya Allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.. maka marilah kita sama-sama perbanyakkanlah amalan di bulan Rejab yang sudah tiba di penghujung ini.
.

Dan banyak lagi kelebihan bulan Rejab, hari ini sahaja 27 Rejab 1432H - peristiwa agung Isra' Mikraj. Ya Allah.. aku tidak layak untuk syurgaMu namun aku amat takut akan nerakaMu. Astaghfirullah..



Beramallah sekadar kemampuan iman masing-masing. Jika tidak dapat diamalkan kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya..

No comments: