"Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangan kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?"
(Muhammad : 18)
(Muhammad : 18)
==========================================================
Aku tak taulah.. aku yang dah berubah atau kawan-kawan aku yang dah berubah..
Aku namakan sahabat aku, Z. Kami mengenali sewaktu di bangku persekolahan hampir 30 tahun yang lampau. Keluarga aku mengenali keluarga Z, begitu jua sebaliknya. Kami rapat tapi persahabatan terputus seketika. Maklum sahajalah Z ke sekolah aliran agama. Aku pula ke sekolah aliran sekular. Masing-masing membawa haluan masing-masing.
Persahabatan yang terbina membuatkan aku amat mengenali Z. Z ni stylish. Wah.. kecik lagi sudah nampak. Err.. kalah dah rapat, pasti punya firasat ye dok? Kestylishannya jelas ternyata ketika di bangku sekolah lagi. Z suka pada glamer (macam aku jugak tapi dulu je tau - sekarang ni dah taubat - kerana itu kami serasi gamaknya). Z suka dirinya 'kelihatan' di kalangan yang lain, dominant orang kabo. Z suka pada barang-barang berjenama (kerana ini juga kami serasi gamaknya - kehkehkeh) walaupun Z bukanlah datang daripada keluarga berada. Aku pun sama. Dan kerana itu Z amat suka menghabiskan masa cuti persekolahan di rumah kakak dan abangnya di Kolumpo - untuk mengecapi kehidupan berprestij katanya.
Aku pulak.. memang sedari kecik mendapat gelaran 'Ustazah'. Aku pun tak tau kenapa la diberi gelaran begitu. Zaman kecik dulu aku pun pakai pinafore. Darjah 4 baru pakai baju kurung tu pun rambut bertocang sana sini. Kat rumah pun pakai skirt. Takpun berkain batik. Kata Mak, orang perempuan mesti tau berkain batik (ini bukan ustazah, ini perempuan melayu terakhir). Aku tak pernah bertudung labuh. Mula bertudung pun bila masuk tingkatan 1. Tang mana jadi ustazah pun aku tak tau.
Aku punya sifat suka menasihati dan suka mendengar masalah orang. Aku enjoy begitu. Sampai sekarang aku masih bercita-cita untuk bukak pusat motivasi dan rumah anak-anak yatim. Alangkah bahagianya andai ia menjadi kenyataan. Mungkin itu jua penyebab aku mendapat gelaran sebegitu. Dan mungkin juga aku dah tersalah bidang sekarang??? Hahah.. jangan disentuh pekerjaan aku sekarang. Memang itu suratan takdir.
Dengan sifat yang ada pada kami, aku dan Z umpama pelengkap. Z ni 'nakal' sket tapi aku memang sync dengan dia. Z sering meminta khidmat nasihat dariku. Masa kecik, dengan masalah budak kecik. Dah besar remaja, dengan masalah remaja. Masalah bercintalah apa lagi. Z ni memang cantik tu pasalla asik ada balak-pakwe-boipren-marka. Aku takde tu sume. Nak mampossss???? Err.. Encik Salman lah satu-satunya cinta aku yang pertama dan terakhir. Auwww..
Tu baru masalah bercinta ada lagi masalah lain. Ala.. masalah kecik je kalau nak banding ngan masalah yang dihadapi mak bapak la ni. Tapi akulah orang yang akan Z cari. Kadang-kadang cakap tepon ngan aku berjam-jam semata-mata nak bercerita masalah dia. Panas telinga aku bertempek ngan gagang tipon tu. Ibubapa kami dah tido time tu. Pandai Z ni. Tapi aku hepi bila masalah orang selesai apatah lagi sahabat baik aku walaupun telinga panas. Heheh.
Berbalik kepada cerita tadi. Panjang benor intronya.
bersambung...
No comments:
Post a Comment