Wednesday, June 22, 2011

aku, coklat dan aiskrim

"Hati yang rosak akan mendorong seseorang melakukan kerosakan, maksiat dan kejahatan. Sesungguhnya segala perlakuan jahat dan mungkar itu pada hakikatnya adalah jelmaan daripada hati yang fasad."

==========================================================

Hari lepas aku dapat sekotak coklat. Coklat berjenama. Hadiah daripada bos buah tangan dari Langkawi. Bila dapat je tak lain tak bukan terlintas di pikiran.. aku nak bagi kat sape coklat ni?

Tapi aku bawak balik jugak. Di muka pintu lagi Naim dah kata, "Mama.. kan coklat ni tak halal? Jangan makan Mama. Nanti hati kita ada titik hitam. Nanti Abang ngan Adik susah nak belajar. Nanti Allah tak terima amalan kita. Malaikat Atid pun tulis kita makan coklat ni nanti. Lagipun Mama.. kalau kita makan makanan tak halal, nanti hati kita keras. Nanti Abang tak dengar cakap Mama. Abang taknak masuk neraka.."

Aku pandang Naim. Subhanallah.. anak memang umpama kain putih. Macam mana dicorakkan, begitulah hasilnya..

Terima kasih sayang. Terima kasih ingatkan Mama. Mama kena bawak balik. Kalau bagi kat opismet Mama nanti bos Mama kecik hati. Mama bawak balik, nanti Mama boleh bagi kat orang lain tanpa pengetahuan bos. Jangan risau, kita semua tak makan coklat ni.

MasyaAllah.. bukan aku menolak rezeki. Bukan. Lebih-lebih lagi pemberian orang. Aku hargai setiap pemberian orang kepadaku. Aku hargai ingatan bos pada aku.

Tapi maaf aku katakan.. aku memang cerewet pasal makanan ni. Coklat yang aku makan hanyalah Cadbury dan Beryl je. Cadbury pulak hanya beberapa jenis yang jelas terpampang halal yang diiktiraf Jakim. The rest memang aku tak makan. Maaf aku memilih.

Aku pernah gugel status halal coklat ni. Ada yang kata halal, ada yang kata haram. Dah jatuh syubhah. Jauhkan yang syubhah kan?

Tipu kalau aku katakan aku tak teringin nak makan coklat ni. Tapi itu satu ketika dulu. As time goes by, rasa teringin tu pudar sedikit demi sedikit. Dan lama-kelamaan ia hilang apabila mengenangkan Lillahi Taala..

Kerana itulah aku tak pernah memesan coklat bila ada yang bertanya apa yang diingini di Langkawi. Cukuplah dengan coklat yang aku boleh dapat di Jusco. Aku sentiasa berharap takde orang nak bagi coklat kat aku (err.. ada ke orang yang nak bagi coklat kat aku?) Takut aku menolak nanti, ada pihak yang kecik hati.

Tapiiiiii.. kalau tanya option lain di Langkawi, aku nak Corelle. Heheh. Taste tinggi tak hengatttt. Tapi tak cukup tinggi lagi tu. 10 tahun lagi aku nak order Noritake lak. Err.. ada ke Noritake kat Langkawi?

Gitulah citer aku dan coklat. Aku dan aiskrim pun gitu. La ni kami sekeluarga cuma makan aiskrim Nestle je. Itu je pun yang ada logo Halal yang diiktiraf Jakim. Once upon a time aku pun makan Haagen Dazs. Tak dinafikan. Memang sedap. Bukan aku tak teringin tapi cam coklatlah. As time goes by rasa terliur tu pudar. Rasa sedap dah hilang. Hilang berterbangan bagai debu-debu. Kata Mak.. sedap cemana sangat. Sedap atas dunia. Di sana nanti Allah menjanjikan jauh lebih sedap daripada tu. Sedap yang takde tolok bandingnya. Janji Allah pasti datang.

Jalan mujahadah itu susah tetapi indah. Semoga Allah merahmati kita semua.

4 comments:

Noorz said...

Dear..Noritake ada kat lgkawi kalau sekadar letak dlm almari je tak nak lahhh baik kumpul corelle hehehe...tapi bila yang nak byk asik balik beli 2 keping je :-D

cahaya petunjuk said...

tak nak kumpul. ni nak guna ni ;-)

Angkel Rul said...

nak beli coklat kat langkawi, cari kedai Haji Ismail Group.. dia ada satu file untuk semua sijil halal bagi coklat2 yang dijual..

kami pun dulu2 beli main bedal je.. sejak ada misi pinggang ramping ni.. dah mula kurang beli..

kurang lah sangat.. huuuu...

cahaya petunjuk said...

en sgarul,
sijil halal memang berleluasa dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu. tapi masih perlu semak samada diiktiraf Jakim atau tidak.