"Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya. Maka tempat kembalinya ialah Neraka Hawiyah."
(Al-Qari'ah : 8-9)
(Al-Qari'ah : 8-9)
==========================================================
Penat.
Pagi tadi sepatutnya aku kena pegi kat satu agensi ni bagi consultations. Cewahhh.. mana ada consultation. Aku cuma mewakili consultant aku gi bagi bantuan kat satu agensi ni. Sape la aku ni. Ilmu masih cetek. Masih banyak lagi yang aku kena belajar. Ilmu 2 tahun lebih ni baru setahun jagung.
Sambung balik citer aku nak ke agensi tadi. Dek kerana faktor usia PFD depa yang aku dah go thru ngan bos tu tertinggal lak kat opis. Aiseh. Tak pepasal nak kena ke Cyberjaya dulu. Sib baik agensi tu dekat Sungai Merab je (Sungai Merab je???)
Aku sampai awal. Ample time tu leh aku review mana yang patut. Discussion mula. Aku memang set half day je kat agensi tu since memang aku dah allocate task lain petang tu. Blakang dia mintak sampai petang. Ellemekkkk.. potang den ado kojo lain jang ooiiii. Tapi mengenangkan nak membantu punya pasal, aku gagahkan jugak. 1.30 break smayang. Pukul 2 petang sambung balik. Lunch pon tak sempat. Uwaaaa!!!! Penat otak wehhhh..
Dalam pada dok discussion tu Naim call tanya pasal nak bawak dia ke klinik. Argghhhh!!! Aku janji ngan Naim nak bawak dia ke klinik dan aku hampir terlupa!
Takleh jadi.
4.10 petang aku keluar dari opis tu, inform bos aku kena bawak anak aku gi klinik. Pecut. Pukul 5 klinik tutup. Aku taknak gi klinik swasta. Hard core klinik gomen aku nih. Hahah. Hati kecil memang kata tak sempat. Rabbi Yassir bermain di bibir mulut.
Jam 4.30 petang aku sampai umah. Mintak Naim bersiap. Sian aku nengok Naim. Harapan seorang anak terhadap ibunya. Jangan hampakan anak. Anak segala-galanya bagi aku.
Hati kecil masih berkata tak sempat sebab kaunter pendaftaran dah tutup jam 4.30 petang. Tiba-tiba.. light bulb..
Call KK Putrajaya. Rawatan after ofis hour bukak jam 5.30 petang - 9.00 malam. Alhamdulillah. Allah pasti tolong aku. Aku tau.
Lepas asar kami ke KK Putrajaya. Naim kena amik darah. Aku stay cool walaupun dalam hati doa tak putus mintak takde apa-apa yang merisaukan aku. Tapi kata-kata Kak Long sentiasa aku simpan kemas-kemas.. "Semua ni milik Dia. Redha dengan setiap yang berlaku dan kita ikhtiar sedaya-upaya. Jangan susah hati. Dia Maha Adil Lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita".
Alhamdulillah result ok. Sujud syukur padaMu.
Sampai umah dah maghrib tapi perut sangat keroncong. Takleh tahan. Kena makan dulu. Lepas makan baru nampak dunia. Anak-anak lak tak sempat pegi Tahfiz. Dahla ada exam minggu ni. Nampaknya malam ni punya exam Naim Najwa buat next week je la..
Penat. Leisure time.. kami suami isteri layan CSI. Ntah bila la aku nak bosan nengok citer ni. Tak pernah bosan lagi nih walaupun tau exaggerate jer tuh. Takpe janji aku ada masa untuk diriku sendiri while anak-anak dah tido.
Esok satu lagi hari yang memenatkan. Tapi walaupun penat, sungguh aku katakan.. aku enjoy dengan apa yang aku lakukan. Alhamdulillah semuanya dariMu Ya Allah..
No comments:
Post a Comment