"(Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri berdebat membela dirinya..."
(An-Nahl : 111)
(An-Nahl : 111)
==========================================================
Z sekarang bukan seperti Z yang aku kenal satu ketika dahulu..
Kehidupan Z sangat mewah - itulah yang diimpikan Z selama ini. Ibarat mempunyai jet peribadi, Z mewah terbang ke mana sahaja yang diingini. Sebut sahaja mana yang diingini, sepantas kilat dia berada di sana. Wah. Seakan punya magis David Copperfield.
Bagaimana kutahu Z semewah itu? Sudah pasti melalui gambar-gambar yang dipaparkan melalui FB, paparan barang mewah yang dimiliki, kekadang menimbulkan tanda tanya yang sangat besar di benakku. Kenapa perlu dipaparkan kesemuanya? Apakah tujuannya? Mahu mempamerkan kemewahan yang ada padanyakah? Atau apakah?
Z bukanlah tidak bertudung. Dia masih bertudung. Bertudung di era ini guane gamok.. bertudung tetapi baju berlengan pendek yang terkadang hampir tak berlengan pon ada, bertudung tetapi baju seluar ketat, bertudung sekadar menutup rambut tetapi masih menampakkan dada. Sungguh menyeksi dan menyeksakan jiwa bagi yang memandangnya. You've changed a lot Z..
Z juga mengatakan dia sangat bersyukur diketemukan dengan suaminya sekarang. Suamilah yang banyak membimbingnya. Kalau sebelum ini dia sering lalai tapi suaminya yang banyak mengingatkannya (I'm just wondering.. siapa yang patut mengajar siapa sebenarnya?) Tapi jika benar katanya, Alhamdulillah.. syukur pada Allah.
Aku sendiri kurang pasti adakah dia benar-benar bahagia atau cuba menutup cerita sebenar atau dek kerana asyik diulit kemewahan yang selama ini dicari Z cuba menidakkan dan menutup perkara yang lain, seakan malu untuk berterus-terang denganku. Dan aku sendiri tidak pasti adakah dia mengecapi ketenangan - harga kemewahan yang dikecapi.
Memang kalau dilihat suaminya sekarang bukanlah seperti suami sebelum-sebelumnya yang sentiasa naik kaki tangan. Alhamdulillah. Syukur. Cuma yang buat aku terkilan.. kalau benarlah suaminya yang membimbingnya, kenapa tidak dibimbing sebenar-benarnya. Di manakah asasnya kata-kata Z mengatakan suaminya yang membimbingnya? Jika ya, kenapa tidak diajar mengikuti cara Islam yang sebenar-benarnya? Adakah alasan muallaf menyebabkan suaminya tak dapat membimbingnya?
Tidak. Itu bukan alasan. Ustaz Farid Ravi dan Ridhuan Tee jua muallaf. Tapi bagaimanakah mereka? Iman mereka jauh lebih baik daripada aku yang dilahirkan dalam Islam. Cuma.. suami Z bukanlah Farid Ravi mahupun Ridhuan Tee.
Bila aku tengok pakaian Z, aku hanya mampu berdoa. Berdoa dan berdoa. Aku cuba menasihatinya secara indirect tapi mungkin mesej tersebut tidak kesampaian. Penerimaan tidak seperti yang kuharapkan. You have changed sooo much Z.. Mungkin suaminya gemarkan cara dia berpakaian kalau tidak masakan dia boleh berpakaian sebegitu. Aku percaya Z tahu hukum hakam agama. Tapi katanya jua suaminyalah yang membawanya ke jalan yang benar. Err.. cemana aku nak justify tu?
Z tanpa rasa bersalah malah bangga mungkin menunjukkan kepadaku gambar mereka menyambut Krismas di salah satu negara 4 musim tahun lepas. Maklum sahajalah hanya suaminya yang memeluk Islam tetapi tidak saudaranya yang lain. Tidak terdetikkah akan dia apa yang sedang dilakukan?
Islam itu mudah. Tetapi janganlah kerana mudah kita sebagai orang Islam mengambil mudah. Menghormati agama lain jua ada batasnya. Aku jadi ragu-ragu dengan kehidupan Z. Tidak salah untuk mengahwini insan yang tidak dilahirkan di dalam Islam dan kemudiannya memeluk Islam. Aku sokong sebab itulah salah satu cara untuk kita mengembangkan agama Islam malah itulah peluang untuk kita memperoleh pahala melalui dakwah. Tapi kehidupan Z mencerminkan sesuatu yang menimbulkan tanda tanya buatku. Sekaligus merasa sedih dan kecewa. Mengikut firasatku.. Z sebenarnya terlalu mengejar kemewahan sehingga sanggup mengenepikan perkara-perkara asas dan cuba untuk menafikan bahawa kehidupannya sebenarnya kosong.
Aku faham. Mungkin kerana terlalu lama mengalami penderitaan mental mahupun fizikal dan kemudian Allah menemukannya dengan kemewahan yang dicari-cari selama ini, Z menjadi sedemikian rupa. Segala kemewahan yang dikecapi dipamerkan. Segala 'kelebihan' yang dimiliki diwar-warkan seolah hanya dia memiliki kesemua itu di dunia ini.
Z.. sedarlah olehmu bahawa tindakanmu itu menyebabkan penilaian orang terhadapmu menjadi negatif. Tanggapan manusia di luar sana tidak seperti apa yang ada di dalam hatimu. Orang akan beranggapan bahawa dikau sengaja 'memperkenalkan' kemewahanmu. Z.. masih ramai lagi manusia yang lebih mewah daripadamu tetapi tidak pernah 'membentangkan' harta yang dimiliki.
Tak salah kalau ingin berkongsi tetapi janganlah berlebih-lebihan. Hidup perlu wasatiah kan. Kau tentu masih tidak lupa kita pernah mempelajari perihal wasatiah satu ketika dulu?
Apa salahnya kalau hanya memaparkan barang 9-10 keping gambar instead of beratus-ratus. Sudahlah tempat yang dikunjungi hanya mampu dikunjungi oleh orang berduit sahaja, ditambah lagi dengan foto hotel-hotel mewah yang dikunjungi. Takut timbul riak di hati. Mustahil tidak timbul perasaan begitu walaupun hanya satu titik dalam hati. Kerana bagi aku tidak perlu mempamerkan apa yang dimiliki dan percutian mewahmu. Mata yang memandang akan mula bersangka yang tidak baik. Kalau tidak masakan ramai yang bertanya kepadaku tentang dirimu?
Bukankah begitu sifat manusia? Memang benar persetankan apa yang difikir orang. Tapi Z.. kita hidup bermasyarakat. Dan kita tidak selamanya akan berada di atas. Berfikirlah sebelum melakukan sesuatu. Sekelip mata Allah boleh menarik balik sekiranya Dia mahu. Kerana semua yang ada di muka bumi ini adalah milikNya. Pulanglah Z.. pulanglah ke pangkuanNya.
Aku lebih sukakan Z yang 'lama'. Z yang aku kenal bukan begitu. Andai memang begitu sifatnya, memang aku tak ambik pusing. Bila perubahan pada dirinya amat ketara, aku terkadang berasa terkilan tak dapat lakukan sesuatu untuk sahabat aku. Aku jua manusia biasa yang tidak sempurna, tapi pada ketika itu bagi aku Z boleh menerima bila aku menasihatinya. Tapi kini siapalah aku untuk menasihatinya. Masa telah merubah segalanya.
bersambung..
No comments:
Post a Comment