Rasulullah saw bersabda; "Sesungguhnya amalan manusia yang pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solah. Sekiranya baik solahnya, maka beruntunglah dia; sekiranya buruk ibadah solahnya, maka rugilah dia."
(Hadis riwayat Tirmidzi, An-Nasai'e, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi)
(Hadis riwayat Tirmidzi, An-Nasai'e, Ibnu Majah, Ahmad dan Darimi)
==========================================================
26 Mei 2011
Alhamdulillah.. hari ni genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Setinggi-tinggi syukur kupanjatkan kepada Allah di atas setiap kurniaan dan ujian dariNya. Semua itu adalah sebagai kifarah dan untuk memantapkan imanku. MasyaAllah.. betapa sayangnya Allah kepadaku. Betapa sayangnya Allah kepada hambaNya.
Terima kasih kepada suamiku yang sangat memahami. Terima kasih di atas kasih sayang yang diberikan, yang tak mampu dihitung dengan jari jemari mahupun diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui nilai kasih sayang antara kami.
Syukur jua kepada Allah di atas zuriat yang diberikan kepada kami, Naim dan Najwa. Itu antara anugerah tak ternilai buat kami.
Hadiah ulangtahun perkahwinan? Biarlah ia menjadi rahsia antara kami. Apa yang penting setiap hari dapat kulihat kebaikan pada suamiku yang aku kira merupakan satu rahmat. Dan setiap hari jua aku dapat merasakan kasih sayang yang semakin berkembang terhadap dirinya. Insan yang Allah ciptakan untukku ini telah menepati ciri-ciri suami yang aku idamkan. MasyaAllah.. itu merupakan hadiah yang tak ternilai yang dikurniakan Allah kepadaku. Syukur Alhamdulillah.
Doaku semoga kasih sayang antara kami berkekalan dan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Semoga zuriat kami, Naim dan Najwa menjadi anak yang soleh dan solehah. Tiada apa yang kukejar melainkan kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan akhirat. Pimpinlah kami ke jalanMu Ya Allah..
3 comments:
Happy 9th Anniversary Nono. Semoga rumahtangga Nono always full of love from Allah SWT. From:Iza Basri.
it's so precious! Happy 9th Anniversary to both my beloved sahabat ! Moga kasih sayang berpanjangan hingga ke syurga Allah.
iza,
terima kasih. same goes to you. hanya kasih sayang Allah yang kami harapkan. semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung kasih sayangNya.
munajah cinta,
terima kasih. syukur pada Allah. semuanya takkan berlaku tanpa izinNya.
Post a Comment