"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu' dalam solahnya."
(Al-Mukminun : 1-2)
(Al-Mukminun : 1-2)
==========================================================
Kisah 1
Itu hari Kak Long tanya aku, "Kenapa dahi nampak berkedut? Sian Kak Long tengok, umur muda lagi. Banyak sangat ke keje kat opis? Ke kena buli ngan bos?"
Gulp! Jawapan untuk soklan tu memang panjang lebar kalau nak dirungkaikan tapi biarlah ia menjadi misteri. Persoalan utama.. dahi aku berkedut????? Puas aku ngadap cermin, tak nampakla pulak kedut tuh. Atau.. memerlukan bantuan botox? Hahah.
Kisah 2
Aku dok jenguk-jenguk donut kat Big Apple Alamanda. Belakang aku ada beberapa remaja yang tak purba. Tetiba datang kawan dia tanya, "Apsal kau tak order lagi?" "Ada orang potong queue", jawab budak tu.
Ewah ewah.. sedapnya nak ngata aku potong queue (aku dengar okayyyy!!!). Nanti dia..
Salesgirl Big Apple tu pun tanya aku, "Akak nak yang mana?" Aku kata, "Bagi kat budak belakang saya ni. Dia datang dulu".
Budak ni dengan malu-malu arnab menjawab, "Takpe MAKCIK la dulu".
Oh.. dia telah mendabelkan temperature aku. Ada ke patut panggil aku makcik???? Dia tu umur dalam sekolah menengah. Kalau budak sekolah rendah tu leh lagi nak panggil aku makcik.
Maka disebabkan geram yang double.. secara spontan juga aku reply, "How old are you, call me MAKCIK? And how old is your mum? Do I look like your mum's age?" Tapi aku takla buat muka marah. Tang tu aku leh control lagi.
Dan budak tu tersipu malu dan tersenyum kambing, kerbau dan yang sewaktu dengannya. Tapi takde pulak say sorry. Sungguh tak mengamalkan prinsip kelima Rukunegara - Kesopanan dan Kesusilaan.
Huh! Budak sekarang ni memang tak reti bahasa. Masih ada yang bersopan tapi secara pukul rata dan berdasarkan pemerhatian aku, budak-budak sekarang ni memang kurang bab adab sopan. Sebenarnya main point yang buat aku tak puashati tu bila dia kata aku potong queue. Tu je. Makcik tu hanyalah penambah perisa. Cuba dia tak kata aku potong queue, takdela aku bagi sedas kat dia.
Aku bukanla jenis yang cepat marah. Makin berusia ni rasional makin tinggi. Tapi statement awal dia tu penyebab aku tumbuh tanduk. Heheh. (Agak-agak 90/10 Principle buleh pakai tak dalam situasi ni?)
Aku pelik ngan budak-budak la ni. Memang tak pandai respek orang lagi tua. Seingat aku zaman aku remaja dulu, punyala sopan nak cakap ngan orang lagi tua. Bukan je masa remaja, la ni pun aku memang susun ayat bila bercakap dengan orang lagi tua daripada aku (perasan ke ni?)
Whatever it is, sikap ni bermula daripada rumah. Aku sendiri pun kalau nengok budak-budak yang 'kurang adab' ni, secara tak sengaja persoalan yang timbul ialah.. "Mak bapak dia tak ajar ke?"
Kesimpulannya kalau nak anak-anak yang pandai menjaga adab dan tatasusila, mak ayah mainkanlah peranan yang sebaiknya supaya mak ayah tak dipersalahkan di kemudian hari.
Tiba-tiba aku terpikir.. aku dah citer ke pasal ni kat post lain? Aiseh.. udah kubilang aku sering lupa. Symptom kah? Hahah.
2 comments:
MC tersengih sensorang membaca kisah 2 tuuuu...:)
MC,
you know me better. kihkihkih.
Post a Comment